Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390020
Title: Pembinaan dan Keberkesanan Modul Pendidikan Kesihatan Disleksia (MPKD) Guru Prasekolah
Authors: Shalinawati Ramli
Supervisor: Idayu Badilla Idris, Prof Madya Dr.
Dzalani Harun, Dr.
Shahlan Surat, Dr.
Khairani Omar, Prof Dr.
Keywords: Dyslexia
Learning
Education, Special -- methods
Students -- psychology
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2020
Abstract: Disleksia merupakan salah satu masalah pembelajaran yang biasa dialami oleh murid sekolah. Secara global, prevalens disleksia adalah di antara 10-17%. Keciciran akademik, masalah tumpuan, kurang keyakinan diri dan kebimbangan merupakan antara implikasi kepada kelewatan mengenali murid disleksia. Pengetahuan yang spesifik tentang disleksia perlu dikuasai oleh guru bagi membantu mengenal pasti murid berisiko disleksia seawal prasekolah lagi. Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji keberkesanan Modul Pendidikan Kesihatan Disleksia (MPKD) dalam meningkatkan pengetahuan guru prasekolah berkaitan disleksia. Pembinaan modul ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan modul dengan mengaplikasikan model ADDIE (Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation). Modul ini telah dinilai oleh lapan pakar mengikut kepakaran bidang masing-masing dan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Melalui kajian analisis keperluan, menunjukkan tahap pengetahuan umum mengenai disleksia dalam kalangan guru adalah 42.02%, dari segi mengenali simptom adalah 58.70% dan pengetahuan rawatan disleksia adalah 47.10%. Nilai yang diperoleh ini menunjukkan pengetahuan guru secara keseluruhannya adalah pada tahap yang rendah. Manakala dapatan seterusnya menunjukkan prevalens murid berisiko disleksia di kalangan kanak-kanak prasekolah adalah 7.09%. Bagi menguji keberkesanan modul ini, kaedah kuasieksperimen telah digunakan. Seramai 43 orang guru prasekolah KEMAS daerah Hulu Langat dikategorikan sebagai kumpulan rawatan dengan diberikan intervensi modul MPKD selama lima minggu, manakala 46 orang guru prasekolah KEMAS daerah Sepang pula dikategorikan ke dalam kumpulan kawalan. Soal selidik ‘Dyslexia Belief Index’ telah diberikan kepada responden sebelum dan seminggu selepas selesai intervensi MPKD bagi mengukur tahap pengetahuan umum disleksia tentang definisi, ciri-ciri, rawatan, persekitaran sekolah dan implikasi disleksia . Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan, dengan nilai, F= 28.260, p = 0.000; Wilks’ Lambda = 0.370, η 2= 0.630 terhadap kelima-lima variabel bersandar tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min skor definisi disleksia p < 0.001, ciri-ciri disleksia p < 0.001, rawatan disleksia p < 0.001, persekitaran sekolah disleksia p < 0.001, dan impak kekurangan disleksia p < 0.001. antara kumpulan MPKD dengan kumpulan kawalan. antara kumpulan MPKD dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan, tahap pengetahuan guru prasekolah dalam kumpulan intervensi meningkat selepas intervensi modul MPKD. Modul ini adalah berkesan dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru prasekolah tentang disleksia. Penguasaan pengetahuan ini juga, membantu pengesanan murid berisiko disleksia di peringkat prasekolah supaya intervensi awal terhadap mereka dapat dilaksanakan. Modul ini juga dapat memberikan kebaikan kepada pengamal perubatan, ibu bapa malahan juga masyarakat.
Pages: 257
Publisher: Fakulti Perubatan, UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SHALINAWATI BINTI RAMLI-LATEST pdf.pdf
  Restricted Access
3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.