Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389996
Title: Penilaian Tahap Kepercayaan Pesakit Terhadap Pegawai Perubatan dan Faktor-Faktor Penyumbang dari Perspektif Pesakit di Lembah Klang
Authors: Choy Hew Hei
Supervisor: Aniza Ismail, Prof Madya Dr.
Asnarulkhadi Abu Samah, Prof Dr.
Khalib Abdul Latip, Dr.
Keywords: Physician-Patient Relations
Trust
Physician's Role
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2021
Abstract: Kebimbangan terhadap fenomena penurunan kepercayaan pesakit terhadap pegawai perubatan (KPTP) semakin merunsingkan kini. Kajian-kajian di luar negara serta pengakuan dari pegawai-pegawai perubatan (PP) sendiri mencerminkan tahap KPTP kini kian menurun. “Kepercayaan” ialah teras terpenting dalam hubungan pesakit-PP dan membawa kesan terapeutik dan bukan terapeutik. Objektif utama kajian ini ialah menentukan status KPTP terkini, memahami status komunikasi interperibadi PP (KOIPP), trend penggunaan dan pendedahan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) pesakit, faktor-faktor sosiodemografi pesakit dan PP, serta perkaitan antara faktor-faktor ini dengan KPTP. Kajian keratan rentas telah dijalankan dan sejumlah 645 pesakit dalaman dari dua buah hospital di sekitar Lembah Klang telah disampelkan. Dua instrumen kaji selidik berpandu iaitu borang kaji selidik dan protokol temu ramah mendalam telah digunakan. Status KPTP ialah 55.3%, manakala KOIPP pula ialah 53.6%. Peratusan pesakit yang praktis PT&K sebelum kemasukan ke hospital, untuk merawat penyakit yang dialami kini, dan mendedahkan praktis PT&K kepada doktor petugas masing-masing ialah 51.0%, 44.3%, dan 23.4%. Analisis Chi Square mendemonstrasikan perhubungan yang signifikan antara KPTP dengan 26 daripada keseluruhan 30 faktor kajian. Model regresi KPTP tinggi meramalkan enam faktor utama yang berinteraksi dengan KPTP: kemahiran KOIPP, jantina dan jenis wad pesakit, berat badan dan pakaian PP semasa konsultasi, serta bantuan PP di luar keperluan perubatan pesakit. Analisis kualitatif mendedahkan tiga faktor utama KPTP yang lain iaitu faktor institusi, faktor sosial, dan faktor keberkesanan perawatan. Lapan kaedah untuk mempertingkatkan KPTP berjaya diperoleh antaranya bukti pencapaian PP dan pengalaman lepas, kesediaan maklumat, maklumat yang mencukupi serta terperinci, kejelasan komunikasi dan lain-lain. Kajian ini mengesahkan status KPTP dan kemahiran KOIPP di Lembah Klang berada di tahap sederhana dan wajar dipertingkatkan. KPTP dipengaruhi oleh kemahiran KOIPP tetapi bukan faktor-faktor PT&K, jantina PP dan etnik pesakit. KPTP, KOIPP, PT&K dan pakaian doktor petugas ialah hasil kajian utama yang perlu ditegas serta diimplementasikan ke dalam dasar penjagaan kesihatan kerana telah dikenalpasti mampu mempengaruhi hubungan pegawai perubatan dan pesakit.
Pages: 311
Publisher: Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
CHOY HEW HEI-LATEST.pdf
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.