Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389966
Title: Rekonstruksi digital Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah
Authors: Mohd Shamsul Bahari Abd.Hadi
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arkeologi
Rekonstruksi Digital
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Kedah Tua
Kampung Baru Kota Kuala Muda
Fotogrametri
Issue Date: 10-Aug-2022
Abstract: Penemuan sebuah struktur purba di tapak ekskavasi Kampung Baru Kota Kuala Muda,Kedah telah membuka peluang baharu dalam penyelidikan monumen Kedah Tua. Struktur bata yang dinamakan Candi Kampung Baru tersebut mempunyai kesan ukiran dinding yang masih terpelihara. Kajian ini dijalankan untuk mendokumentasi, membina semula candi tersebut secara digital dan menentukan fungsi serta korelasi binaan tersebut dengan panduan vastusastra. Menggunakan kaedah fotogrametri, struktur runtuhan sebenar candi telah didokumentasikan secara digital dan diwakilkan dalam bentuk model 3-dimensi berasaskan realiti. Candi tersebut kemudiannya telah dibina semula secara digital menggunakan kaedah penyemperitan pelan tapak dan penyurihan model berasaskan realiti. Model-model yang terhasil kemudiannya dianalisis berpandukan petikan-petikan daripada kitab Manasara dan Mayamata. Simulasi dan analisis upacara shankusthapana menunjukkan bahawa candi ini tidak dibina mengikut arah mata angin tetapi sengaja diorientasikan ke arah Gunung Jerai. Analisis ukiran dinding pula menunjukkan bahawa profil tembok candi menyamai bentuk upapitha jenis Vedibandha dalam kedua-dua kitab Manasara dan Mayamata. Berdasarkan orientasi, ukiran dinding dan bentuk binaan candi, dipercayai bahawa candi ini adalah sebuah stupa yang dibina untuk tujuan umum dan tidak dikhaskan untuk mana-mana dewa atau raja. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa pembina Candi Kampung Baru mematuhi sesetengah panduan vastusastra dan menyesuaikan sebahagian lagi dengan pengetahuan dan kemahiran tempatan dalam penghasilan struktur bata.
Pages: 145
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P89766 MOHD SHAMSUL BAHARI ABD HADI.pdf
  Restricted Access
99.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.