Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389961
Title: Arkeologi prasejarah di Gua Kelew : Kronologi, budaya dan hubungan dengan persekitaran
Authors: Nur Farriehah Azizan
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arkeologi
Masyarakat Prasejarah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Gua Kelew
Kebudayaan Neolitik
Issue Date: 18-Jun-2022
Abstract: Gua Kelew (N 05.03976, E 101.54564) iaitu 62 meter dari aras laut ialah sebuah gua batu kapur yang terletak berdekatan dengan Pos Pulat dan Sungai Nenggiri. Gua ini terletak berhampiran dengan Kampung Kledong dan Gua Kecil Batu Tambah serta Gua Lubang Kelawar Batu Tambah. Kajian arkeologi ini dijalankan bagi memperincikan kewujudan masyarakat prasejarah di gua ini. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan lebih sistematik dan sainstifik.Terdapat 3 objektif kajian iaitu mengenal pasti lapisan kebudayaan masyarakat di Gua Kelew melalui ekskavasi secara vertikal serta kronologinya, menganalisis setiap jumpan artifak, ekofak dan fitur yang terdapat dalam setiap lapisan budaya di Gua Kelew dan mensintesis evolusi budaya masyarakat di Gua Kelew dengan persekitaran dan tapak prasejarah lain yang terdapat di Hulu Kelantan. Kaedah kajian melibatkan kajian kepuskataan, survey tapak, ekskavasi Arkeologi dan analisis sainstifik melalui kaedah keratan nipis (thin section), radiokarbon, XRD dan XRF. Hasil daripada ekskavasi telah menemui artifak berupa alat batu, tembikar tanah, seramik dan ekofak seperti cangkerang siput dan serpihan tulang binatang. Antara alat batu yang ditemui adalah terdiri daripada batu pelandas, batu pemukul, alat repeh, kapak cobble bifas dan unifas, tungku, alat penetak serta pahat yang mewakili kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik. Terdapat juga penemuan lain seperti lukisan gua yang ditemui pada dinding serta siling gua yang menggunakan warna monokromatik iaitu dihasilkan daripada arang. Antara motif lukisan yang ditemui ialah berbentuk zoomorfik, antropomorfik dan abstrak. Hasil analisis mendapati bahawa lukisan ini dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang menunjukkan tentang kehidupan harian mereka dan cara mereka berkomunikasi. Analisis yang dilakukan terhadap tembikar tanah pula menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara masyarakat persisir dan pedalaman semasa kebudayaan Neolitik bahkan pentarikhan radiokarbon menunjukkan bahawa Gua Kelew dijadikan tempat hunian sehingga masyarakat Orang Asli. Pentarikhan kronometrik terhadap cangkerang siput telah menunjukkan bahawa ia digunakan sejak 10,630 +/- 30 BP dan pentarikhan bagi tembikar tanah pula bertarikh 4270 +/- 30 BP yang dipercayai dihuni oleh masyarakat Neolitik. Hasil daripada jumpaan tersebut menunjukkan bahawa kedudukan Gua Kelew ini dijadikan tempat hunian oleh masyarakat prasejarah sehingga masyarakat Orang Asli sebagai lokasi yang selamat untuk berteduh dan berlindung ketika musim hujan. Keberadaan sungai yang berdekatan membolehkan mereka mendapat sumber makanan dan minuman harian serta memudahkan mereka membuat jaringan perhubungan.
Pages: 172
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ATMA P97683 NUR FARRIEHAH AZIZAN-compressed.pdf
  Restricted Access
8.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.