Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389831
Title: Kepelbagaian dan ramalan taburan riang riang (auchenorrhyncha : cicadoidea) di Negeri Johor
Authors: Aliadi Mohd Tahir (P74672)
Supervisor: Azman Sulaiman, Dr.
Keywords: Cicadas -- Malaysia
Homoptera -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-May-2021
Abstract: Riang-riang merupakan serangga yang tergolong dalam famili Cicadidae (Auchenorrhyncha: Cicadoidea) yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan boleh membantu dalam meningkatkan kegiatan eko-pelancongan di sesuatu tempat. Oleh yang demikian, suatu kajian telah dijalankan di negeri Johor.untuk menghasilkan senarai inventori riang-riang yang terkini di negeri Johor dan sekurang-kurangnya menemukan rekod baru di kawasan kajian. Kajian ini berdasarkn penerbitan riang-riang yang terdahulu dan persampelan tambahan yang dijalankan pada Mac hingga April 2015. Kajian ini juga menyediakan ramalan taburan riang-riang di negeri Johor dengan kaedah interpolasi dalam GIS. Kajian ini telah mengenalpasti sebanyak 22 kawasan persampelan yang dibahagikan kepada empat kawasan utama iaitu Johor Utara, Johor Timur, Johor Tengah dan Johor Selatan. Sejumlah 63 spesies riang-riang dalam 21 genus yang tergolong dalam famili Cicadidae yng terdiri daripada dua subfamili Cicadinae (52 spesies dalam 16 genus) and Cicadettinae (11 spesies dalam 5 genus) telah direkodkan di negeri Johor. Johor Timur mencatatkan kehadiran 48 spesies diikuti Johor Utara (38 spesies), Johor Tengah (23 spesies) dan Johor Selatan (15 spesies). Berdasarkan 63 spesies yng diperoleh, sejumlah 17 spesies riang-riang hanya dapat dicamkan hingga ke peringkat genus sahaja iaitu Maua sp. Platypleura sp1. Platypleura sp2, Platypleura sp3, Platypleura sp4, Platypleura sp5, Pomponia sp1 , Pomponia sp2, Purana sp, Puranoides sp1, Puranoides sp2, Terpnosia sp, Lemuriana sp, Muda sp1, Muda sp2, Muda sp3 dan Nelcyndana sp. Kesemua spesies ini berkemungkinan adalah spesies baru bagi Malaysia kerana didapati berbeza morfologi dengan spesies yang telah diperihalkan. Kajian ini juga telah merekodkan sejumlah tujuh spesies rekod baru iaitu Champaka aerata (Distant), Platypleura sp2, Platypleura sp4, Platypleura sp5, Muda sp1, Muda sp2 dan Muda sp3. Dua spesies baru telah diperihalkan dalam kajian iaitu Pomponia latiffi sp. nov dan Puranoides schouteni sp. nov. Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian peta taburan riang-riang hasil interpolasi Kriging, taburan riang-riang tertumpu ke arah persempadanan Johor Utara dan Johor Timur iaitu kawasan Taman Negara Endau Rompin kerana keluasan Hutan Simpan Kekal yang sangat besar dan kurang gangguan aktiviti manusia. Oleh yang demikian, Taman Negara Endau Rompin amat sesuai untuk kemandirian spesies riang-riang di negeri Johor.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Call Number: QL527.C5A565 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepelbagaian dan ramalan taburan riang riang (auchenorrhyncha : cicadoidea) di Negeri Johor.pdf
  Restricted Access
Partial48.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.