Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389801
Title: Pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran dalam kalangan golongan dewasa di mukim Petaling Selangor
Authors: Mohammad Nazreen Saifuddin (P88263)
Supervisor: Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.
Keywords: Qur'an -- Recitation -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2022
Abstract: Guru al-Quran mempunyai peranan yang sangat besar dalam pengajaran kemahiran bacaan al-Quran. Lebih-lebih lagi melibatkan pelajar dewasa yang mempunyai masalah untuk membacanya. Pembelajaran al-Quran merupakan satu proses yang agak lama untuk membaca dengan lancar serta memerlukan satu teknik yang sesuai bagi golongan dewasa. Oleh itu, kajian ini juga dikembangkan dengan mendapatkan pandangan pelajar dan pengajar yang merupakan sampel kajian dalam kajian ini melalui set soalan temu bual yang diedarkan. Maklumat yang diperoleh akan dianalisis melalui kaedah kualitatif dengan menggunakan pengumpulan data maklumat melalui temu bual dan pemerhatian serta analisi dokumen. Kajian ini telah dilakukan untuk mengetahui strategi pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran dalam golongan dewasa di mukim Petaling, Selangor Darul Ehsan. Hasil dapatan kajian daripada data yang diperolehi melalui temu bual peserta kajian, pemerhatian dan analisis kandungan yang dijalankan di Al- Baghdadi Bandar Kinrara, Pusat pengajian AQRAB USJ 21, Pusat Pengajian Al-Barqy Puchong Tasik Prima dan beberapa pusat pengajian yang berasaskan golongan dewasa yang lain di mukim Petaling, Selangor. Data-data ini diperolehi telah disusun dan diatur menggunakan perisian Cohen Cappa, Kesahan Kajian. Aspek proses hasil dapatan kajian tersebut telah mengambil kira untuk dihuraikan secara terperinci dalam bentuk naratif beserta gambar rajah dan jadual, manakala disusun mengikut objektif kajian bagi menjawab semua persoalan kajian yang dikemukakan seperti untuk memastikan ke pentingan pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran pada warga emas, memastikan faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan dalam kemahiran bacaan al-Quran dalam golongan dewasa di mukim Petaling, Selangor, meninjau kajian pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran dalam golongan dewasa di mukim Petaling, Selangor. Seramai lapan orang informan telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat berkenaan strategi kemahiran bacaan al-Quran terhadap golongan dewasa. Pemilihan informan dipilih adalah secara bertujuan. Manakala pemerhatian telah dijalankan secara berkala selama tiga bulan sepanjang tempoh kajian. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati proses pembelajaran bagi golongan dewasa memerlukan susun atur mengikut tahap bacaan dengan mengikuti pembelajaran paling kurang satu tahun untuk mendapatkan bacaan yang baik. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran ini amat sesuai diaplikasikan dan menjadikan sukatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di pusatpusat pengajian terutamanya dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia serta menjadi pengkalan data bagi pengkaji akan datang.
Pages: 153
Call Number: BP131.6.M846 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengukuhan kemahiran bacaan al-Quran dalam kalangan golongan dewasa di mukim Petaling Selangor.pdf
  Restricted Access
Partial1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.