Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389799
Title: | Pelaksanaan hibah amanah dan hibah harta bercagar di institusi perancangan harta di Malaysia |
Authors: | Rosmiza Ismail (P60369) |
Supervisor: | Salmy Edawati Yaakob, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Inheritance and succession (Islamic law) Trusts and trustees (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Sep-2022 |
Abstract: | Produk hibah telah menjadi pilihan masyarakat hari ini bagi membuat perancangan harta semasa masih hidup. Namun terdapat beberapa isu berkaitan pindahmilik (qabd) dalam kalangan fuqaha yang masih menjadi pertikaian. Di antara isu tersebut adalah berfokus kepada produk hibah amanah dan juga hibah harta bercagar yang dilaksanakan oleh institusi perancangan harta seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan fuqaha terhadap isu pindahmilik (qabd) yang masih dalam pertikaian fuqaha berkaitan produk hibah amanah dan hibah harta bercagar. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan produk hibah amanah dan produk harta bercagar serta kaedah pengendalian dan kesan pengurusan hibah yang dilaksanakan di kedua-dua institusi tersebut. Kajian ini juga turut menganalisis pandangan pengamal undang-undang terhadap pelaksanaan kedua-dua produk hibah tersebut. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Teknik pengumpulan data adalah dengan melakukan temu bual dan analisis dokumen. Selain itu, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif, tematik dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa fuqaha berselisih pandangan dalam pindahmilik (qabd) sebagai satu syarat bagi melengkapkan akad hibah. Namun pengkaji lebih cenderung kepada pandangan mazhab yang membenarkan pindahmilik (qabd) secara hukmi memandangkan kemaslahatan pihak-pihak yang terlibat serta status dan bentuk pemilikan harta pada masakini. Selain itu, produk hibah amanah dan produk hibah harta bercagar yang dilaksanakan di kedua-dua institusi tersebut mempunyai perbezaan dari sudut pemakaian undang-undang dan proses pengurusan tetapi kedua-duanya menepati syariat dan telah diterimapakai apabila mendapat kesahan daripada pihak mahkamah. Selain itu juga, keharusan pelaksanaan kedua-dua hibah ini telah difatwakan oleh Negeri Selangor, sekaligus pandangan pengamal undang-undang bersetuju dengan pelaksanaan kedua-dua hibah tersebut dengan memberi penekanan terhadap peraturan yang ditetapkan mengikut undang-undang yang digunapakai dalam perundangan negara serta menepati rukun dan syarat hibah yang sempurna. Kajian ini memberi implikasi yang penting kepada pihak kerajaan dalam mewujudkan garis panduan hibah yang menjadi rujukan kepada syarikat-syarikat, para akademik, pengamal undang-undang dan masyarakat khususnya lantaran pengesahan hibah di mahkamah adalah mengikut pandangan dan budi bicara hakim. |
Pages: | 217 |
Call Number: | BP158.I45R647 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389799 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pelaksanaan hibah amanah dan hibah harta bercagar di institusi perancangan harta di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 690.71 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.