Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389794
Title: | Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan remaja orang asli Temiar |
Authors: | Nor Azwahanum Nor Shaid (P87634) |
Supervisor: | Shahidi A. Hamid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Orang Asli -- Temiar Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Apr-2022 |
Abstract: | Komuniti Orang Asli merupakan antara kumpulan minoriti yang mempunyai masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua. Pencapaian yang lemah dan kurangnya kajian terhadap remaja Orang Asli pada peringkat sekolah menengah mendorong kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan BM remaja Orang Asli Temiar menerusi empat persoalan kajian utama: (1) Bagaimanakah pengalaman dalam penguasaan BM sebagai bahasa kedua remaja Orang Asli Temiar? (2) Bagaimanakah faktor afektif remaja Orang Asli Temiar dalam penguasaan BM sebagai bahasa kedua? (3) Bagaimanakah sosial dan budaya remaja Orang Asli Temiar dalam proses penguasaan BM sebagai bahasa kedua? dan (4) Sejauh manakah kesalahan bahasa dan kelemahan penulisan karangan remaja Orang Asli Temiar? Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan etnografi kajian kes. Proses pengumpulan data berlangsung selama lapan bulan di SMK Bawong, Sungai Siput, Perak, iaitu sekolah menengah berasrama Orang Asli tunggal di Malaysia. Seramai 13 orang peserta terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada lapan orang remaja Orang Asli yang berumur 16 tahun daripada suku kaum Temiar, dua orang guru dan tiga orang ibu bapa. Data dikumpulkan menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian, analisis dokumen dan nota lapangan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis perbandingan berterusan untuk mendapatkan tema dan sub-tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa mempelajari dan menguasai BM sebagai bahasa kedua merupakan kemahiran yang dipelajari di sekolah, sama seperti subjek yang lain. Usaha untuk membudayakan penggunaan BM didapati sukar dilaksanakan akibat persekitaran sekolah dan sosial yang kurang kondusif. Namun, peserta menyatakan bahawa aktiviti luar bilik darjah mampu meningkatkan faktor afektif (perasaan) dalam diri mereka untuk berasa yakin akan keupayaan BM sekaligus membangunkan potensi diri mereka supaya menyerlah dalam akademik serta berkebolehan lisan apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengalaman peserta kajian dalam penguasaan bahasa kedua mereka turut dipengaruhi oleh sosial dan budaya Orang Asli. Penulisan karangan peserta juga didapati tiada pengaruh bahasa ibunda dan kesalahan bahasa yang dilakukan adalah tidak ketara, namun keupayaan mereka untuk menulis berdasarkan konteks menggambarkan pemikiran yang sudah sebati dengan cara didikan dan amalan sosiobudaya suku kaum mereka. Satu Kerangka Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua untuk Orang Asli dibina sebagai sumbangan kajian. Kajian ini memberi pemahaman baharu berkenaan perkaitan sosiobudaya Orang Asli dengan penguasan bahasa kedua dan seterusnya memberi implikasi kepada penambahbaikkan dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran BM sebagai bahasa kedua khususnya dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia. |
Pages: | 301 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan remaja orang asli Temiar.pdf Restricted Access | Full-text | 3.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.