Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389793
Title: Media baharu dan peranan cybertroopers politik : tinjauan terhadap pilihan raya umum ke13 di Negeri Johor Darul Takzim
Authors: Aminaton Hajariah Husnu (P74431)
Supervisor: Russli Kamarudin, Dr.
Keywords: Media sosial
Politik -- Malaysia
Pilihan raya umum -- Johor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jun-2021
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana media baharu, Facebook dan peranan cybertroopers politik mempengaruhi keterlibatan pengundi dalam politik kepartian. Ia adalah berasaskan kepada gabungan beberapa teori, model dan pendekatan. Media baharu politik memfokuskan kepada aspek kepelbagaian penggunaannya, manakala Facebook politik pula adalah merangkumi aspek sokongan dan keterlibatan penggunaannya. Seterusnya, peranan cybertroopers politik pula adalah merujuk kepada aktiviti promosi agenda politik dan isu-isu politik yang dianalisis sejauhmana aspek-aspek tersebut menyumbang kepada keterlibatan pengundi dalam aktiviti kepartian, gerak kerja (taskforce) dan kepemimpinan politik. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang mana keseluruhan itemnya dalam kesemua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha iaitu antara 0.802 hingga 0.861. Kajian ini melibatkan 500 responden yang dipilih secara rawak mudah yang melibatkan lima kawasan Parlimen iaitu Kluang, Labis, Pulai, Segamat, dan Gelang Patah di Johor ketika Pilihan Raya Umum Ke-13. Analisis data dalam kajian ini menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai manakala inferensi pula melibatkan Manova Satu Hala (One-way Manova) dan Regresi Berganda menggunakan aplikasi SPSS 23.0. Hasil dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan penggunaan media baharu politik adalah berada di tahap sederhana. Manakala, penggunaan Facebook dan peranan cybertroopers politik serta keterlibatan dalam politik kepartian berada di tahap yang tinggi. Analisis Manova bagi kesemua konstruk media baharu, Facebook politik, peranan cybertroopers dan keterlibatan politik kepartian berdasarkan umur, etnik, dan tahap pendidikan menunjukkan sebahagiannya terdapat perbezaan yang signifikan. Bagi analisis Regresi Berganda pula menunjukkan bahawa peranan cybertroopers politik merupakan faktor yang paling dominan menyumbang sebanyak 59.4% terhadap keterlibatan pengundi dalam aktiviti politik kepartian. Secara keseluruahn, kajian ini menyumbang kepada ilmu sains politik yang mendapati bahawa media baru politik memainkan peranan besar dalam mencorakkan keterlibatan dalam politik kepartian yang mempunyai potensi kepada sesuatu parti untuk memnangi pilihanraya. Justeru, pendekatan baharu politik berteraskan platform maya perlu menjadi satu mekanisme utama dalam aktiviti politik semua parti pada era baharu.
Pages: 250
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Media baharu dan peranan cybertroopers politik : tinjauan terhadap pilihan raya umum ke13 di Negeri Johor Darul Takzim.pdf
  Restricted Access
Full-text2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.