Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389659
Title: Pentafsiran ayat-ayat al-Quran oleh Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) dalam majalah Dabiq
Authors: Pg. Ahmad Hasanuddin Pg. Hj Tejudin (P101630)
Supervisor: Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.
Keywords: IS (Organization)
Qurʼan -- Criticism, interpretation, etc.
Religious fundamentalism -- Middle East
Electronic journals -- Middle East
Terrorism -- Middle East
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Aug-2022
Abstract: Penerbitan majalah Dabiq oleh Kumpulan Islamic State of Iraq and al-Sham (ISIS) dilihat mengandungi naratif yang menyeru kepada tindakan radikal dengan justifikasi ayat-ayat Al-Quran. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap majalah Dabiq melalui pendekatan berbeza, namun hingga ke hari ini belum ada lagi kajian yang dijalankan terhadap majalah ini melihat dari aspek pentafsiran. Oleh itu, Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif, iaitu mengidentifikasi metode ISIS di dalam memahami ayat-ayat Al-Quran di dalam majalah Dabiq, mengkaji indikator yang sesuai di dalam pentafsiran yang diaplikasikan di dalam majalah Dabiq serta mengkategorikan aliran pentafsiran ISIS di dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran. Sebanyak 15 Majalah Dabiq telah dianalisis di dalam kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif analisis kandungan (content analysis) dengan pendekatan yang mengabungkan di antara manifest analysis dan juga latent analysis menggunakan perisian Atlas.TI Versi 8.4.25. Dapatan pertama bagi objektif kajian mendapati bahawa metode ISIS di dalam memahami ayat-ayat Al-Quran adalah dengan menggunakan sebahagian pendekatan Tafsir Bi al-Ma’thūr dan juga menolak Autoriti Ulama Dalam Mentafsirkan Al-Quran. Selain itu, dapatan objektif kedua mendapati indikator yang sesuai di dalam menilai pentafsiran di dalam majalah Dabiq adalah dengan menilai tafsiran berdasarkan majoriti Ummah, menilai tafsiran berdasarkan neraca Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta menilai konteks tafsiran berdasarkan Maqasid Shariah. Seterusnya, dapatan objektif ketiga mendapati sebanyak 52.268% daripada 970 jumlah ayat Al-Quran yang digunakan di keseluruhan majalah Dabiq dikategorikan sebagai Tafsiran Khawarij. Ini sekaligus menunjukkan bahawa tafsiran ISIS di dalam majalah Dabiq dikategorikan sebagai Tafsiran Khawarij. Dari segi pengetahuan, kajian ini menyumbang di dalam menentukan aliran ISIS berdasarkan bidang tafsir. Kajian ini memberikan implikasi terhadap dasar dari sudut menyediakan beberapa indikator yang dapat digunakan untuk menilai konteks tafsiran khāwarīj yang boleh diaplikasikan untuk menilai pentafsiran yang digunakan samaada di media sosial ataupun penerbitan bercetak.
Pages: 235
Call Number: HV6433.I722P46 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pentafsiran ayat-ayat al-Quran oleh Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) dalam majalah Dabiq.pdf
  Restricted Access
Partial716.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.