Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389651
Title: Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan : kajian kes di Kampung Kilim, Langkawi
Authors: Afiqah Norizan (P69432)
Supervisor: Chan Kim Ling @ Geraldine, Prof. Madya Dr.
Keywords: Jaringan sosial
Ekopelancongan -- Langkawi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2021
Abstract: Jaringan sosial merupakan salah satu modal bukan ekonomi yang boleh menggerakkan aktiviti ekopelancongan. Aktiviti ekopelancongan di kawasan kajian khususnya pengusahaan dan pemanduan bot pelancong menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber kebudayaan. Objektif kajian adalah untuk mengesahkan bahawa jaringan sosial yang embedded atau terpendam dalam kalangan aktor sosial dalam komuniti kampung yang terlibat dalam ekopelancongan itu berupaya menggerakkan aktiviti tersebut. Kajian turut mengidentifikasikan aktor sosial yang mempunyai jaringan sosial, mengenalpasti cara pembentukan serta jenis-jenis jaringan sosial dan menentukan manfaat jaringan sosial kepada aktor sosial tersebut. Menerusi kaedah persamplean bertujuan, seramai 25 orang anggota Persatuan Koperasi Komuniti Kampung Kilim (KKKK) di Kampung Kilim itu telah dipilih sebagai informan kajian. Kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan analisis tema. Analisis jaringan sosial yang dilakukan melalui perisian UCINET VI pula digunakan bagi menganalisis struktur dan pola jaringan sosial. Menerusi teori jaringan sosial iaitu homophily dan juga embeddedness, didapati bahawa jaringan sosial menggerakkan aktiviti ekopelancongan melalui nilai sepunya iaitu kepercayaan dan norma sosial sepunya antara informan seperti saling mempengaruhi serta membantu dan bekerjasama. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan struktur jaringan sosial adalah melalui persamaan (similarities) yang didapati dalam kalangan aktor sosial itu iaitu dari segi pertalian hubungan, matlamat, lokasi kediaman dan keanggotaan persatuan. Melalui persamaan ini, maka beberapa jenis jaringan sosial seperti jaringan persahabatan, jaringan kekeluargaan, dan jaringan kerja telah terbentuk. Manfaat jaringan sosial pula adalah dari segi faedah ekonomi seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan. Faedah lain adalah seperti perolehan pengetahuan dan kesedaran berkaitan kepentingan ekopelancongan terhadap komuniti. Kajian ini mempunyai implikasi dari segi menonjolkan sumbangan jaringan sosial kepada perkembangan aktiviti ekopelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi komuniti kampung di Langkawi.
Pages: 202
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan : kajian kes di Kampung Kilim, Langkawi.pdf
  Restricted Access
Full-text4.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.