Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389649
Title: | Proses asimilasi terhadap tipologi konsonan dalam hukum-hukum tajwid |
Authors: | Nur Zahin Kasnin (P87318) |
Supervisor: | Sharifah Raihan Syed Jaafar, Dr. |
Keywords: | Tajwid Hukum tajwid Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jul-2021 |
Abstract: | Kebanyakan kajian yang berkaitan dengan ilmu tajwid sering memberi penekanan terhadap keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran, sebutan makhraj huruf, ciri-ciri dan sifat-sifat huruf, serta cara melagukan bacaan al-Quran dengan bertajwid. Walau bagaimanapun, kajian lepas tidak memfokuskan aspek fonologi yang terdapat dalam hukum tajwid. Misalnya, gabungan dua huruf konsonan yang sama dalam satu kalimah yang mengalami asimilasi memerlukan penjelasan dari aspek fonologi. Penggabungan dua konsonan yang sama ini disebut sebagai proses asimilasi pengelompokan konsonan sejenis. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kehadiran konsonan sejenis yang wujud dalam beberapa hukum tajwid serta menganalisis proses asimilasi yang berlaku terhadap penggabungan konsonan-konsonan tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, sebanyak tujuh jenis hukum tajwid iaitu Idgham Muthamathilain Soghir, Idgham Mutajanisain Soghir, Idgham Mutaqoribain Soghir, Mim dan Nun tashdid, Iqlab, serta hukum Idgham Syamsi daripada lima surah pilihan, iaitu surah Yassin, al-Mulk, al-Sajdah, al-Waqiah, al-Kahfi dan beberapa surah pendek daripada Juzuk Amma telah dikaji. Kesemua data daripada surah-surah tersebut dikumpulkan dengan menggunakan perisian Quran MS Word dan al-Quran tajwid berwarna Amazing. Seterusnya, data yang telah diperoleh ditranskripsikan menggunakan simbol fonetik sebelum dianalisis menggunakan kerangka teori Optimaliti, McCarthy.et.al. Hasil kajian mendapati bahawa penggabungan dua konsonan bersuara yang menduduki posisi koda suku kata dan onset pada suku kata berikutnya menyebabkan berlakunya proses asimilasi antara dua konsonan tersebut. Oleh itu, kepentingan posisi kedua-dua konsonan tersebut telah menjadikan kekangan Onset:*ϭ[v] sebagai kekangan yang dominan diikuti dengan kekangan Max(segment). Ini kerana proses asimilasi tidak akan berlaku sekiranya salah satu konsonan di posisi koda ataupun onset tersebut digugurkan. Kajian ini dapat menyumbang kepada satu aspek baharu terhadap proses asimilasi dalam bidang fonologi yang ditemui dalam al-Quran, di samping memberi impak positif terhadap pembacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat. |
Pages: | 201 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Proses asimilasi terhadap tipologi konsonan dalam hukum-hukum tajwid.pdf Restricted Access | Partial | 543.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.