Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389461
Title: Kesan gerakan islah Rahmah al-Yunusiyah kepada wanita di Minangkabau dan Tanah Melayu
Authors: Nur Adila Mohamad (P103447)
Supervisor: Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr.
Keywords: Rahmah al-Yunusiyah -- 1900-1969
Women educators -- Indonesia -- Biography
Islamic renewal -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2022
Abstract: Rahmah al-Yunusiyah merupakan seorang daripada ulama islah Minangkabau yang mempunyai peranan besar dalam islah pemikiran dan pendidikan Islam terutamanya melibatkan kaum wanita. Ketokohan Rahmah al-Yunusiyah diakui sebagai seorang tokoh pembaharuan sehingga terdapat beberapa pengkaji menggelar beliau sebagai mujaddid. Terdapat pengkaji yang menggelarkan beliau sebagai ‗Kartini Padang Panjang‘ di atas jasa dan sumbangan yang diberikan kepada bidang pendidikan Islam kaum wanita. Idea pembaharuan Rahmah al-Yunusiyah bukan sahaja memberi kesan kepada wilayah Minangkabau malah ke seluruh Nusantara termasuklah Tanah Melayu. Malah al-Azhar menganugerahkan beliau gelaran ‗syeikhah‘ atas jasanya dalam pendidikan wanita. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti biografi Rahmah al-Yunusiyah, mengkaji gerakan islah yang dilakukan Rahmah al-Yunusiyah di Minangkabau dan menganalisis kesan gerakan islah Rahmah al-Yunusiyah terhadap wanita di Minangkabau dan Tanah Melayu. Pengkaji menfokuskan kawasan kajian di dua tempat iaitu Minangkabau dan Tanah Melayu. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan metode kajian sejarah. Hasil kajian mendapati Rahmah al-Yunusiyah merupakan tokoh dan ulama islah yang terkemuka di Minangkabau. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa Rahmah al-Yunusiyah yang berjaya mencetuskan pelbagai idea pembaharuan untuk meningkatkan taraf kehidupan wanita pada zaman beliau. Selain itu juga, beliau berjaya memecahkan tradisi dan adat di masyarakat yang merendahkan taraf wanita. Selain itu juga, beliau berjaya membuat perubahan yang besar pada imej kaum wanita di Minangkabau. Beliau bukan sahaja menyedarkan ibu bapa supaya memberi pendidikan kepada anak perempuan, malah membuka ruang kepada anak perempuan dan wanita mendapatkan bukan sahaja pendidikan agama dan juga pendidikan kemahiran dan vokasional seperti menjahit, ilmu rumah tangga, kebidanan dan juga bermain peralatan muzik bagi meningkatkan taraf dan kedudukan mereka. Beliau juga memberi kesedaran kepada wanita untuk keluar bekerja dan menceburkan diri dalam semua bidang termasuklah dalam kegiatan politik. Ramai wanita mula berani untuk tampil kehadapan bagi menentang penjajah dan mendapatkan kemerdekaan di negeri masing-masing. Akhir sekali, pelajar mendapat pendidikan daripada institusi pendidikan beliau juga berjaya menjadi tokoh yang hebat di negeri masing-masing. Diniyah Puteri berjaya menjadi contoh kepada penubuhan institusi pendidikan yang khusus buat kaum wanita.
Pages: 184
Call Number: DS644.1.R335N87 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan gerakan islah Rahmah al-Yunusiyah kepada wanita di Minangkabau dan Tanah Melayu.pdf
  Restricted Access
Partial1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.