Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389449
Title: Pemakaian prinsip amanah dalam hibah menurut perspektif Islam dan perundangan di Malaysia
Authors: Nurnazirah Rosdi (P97890)
Supervisor: Mohd Zamro Muda, Dr.
Keywords: Trusts and trustees (Islamic law)
Inheritance and succession (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2022
Abstract: Hibah amanah merupakan mekanisme perancangan harta Islam yang telah diperkenalkan di Malaysia. Produk hibah amanah terbentuk melalui dua kontrak iaitu kontrak hibah dan kontrak amanah. Hibah amanah merupakan pemberian sukarela yang dilakukan ketika pemilik harta masih hidup melalui pemeteraian surat ikatan amanah dengan memberi ruang kepada pemilik harta mengekalkan kawalan penuh terhadap harta hibah semasa hayatnya dengan keizinan penerima hibah. Bagi akad hibah yang dilaksanakan tanpa akad amanah, perkara ini menimbulkan permasalahan kepada penghibah pada masa hadapan. Oleh kerana perundangan Malaysia mengiktiraf perkara berkaitan ekuiti dan amanah tertakluk di bawah undang-undang sivil manakala perkara berkaitan hibah tertakluk di bawah undang-undang syariah, maka ia menimbulkan permasalahan berhubung aspek pemakaian prinsip amanah dan kedudukannya menurut Akta Pemegang Amanah 1949 dan Kanun Tanah Negara 1965. Terdapat halangan-halangan pelaksanaan hibah amanah yang mengganggu kelancaran pelaksanaannya di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti keperluan akad amanah Islam dimasukkan bersama akad hibah, mengkaji aspek amanah menurut Akta Pemegang Amanah 1949 dan Kanun Tanah Negara 1965 serta menganalisis halangan pelaksanaan hibah amanah di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Data kajian dikumpul melalui kajian perpustakaan dan temubual separa berstruktur. Seterusnya data-data dianalisis menggunakan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati wujud keperluan akad amanah Islam digabungkan dalam akad hibah, terdapat ketidakselarian aspek amanah di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 dengan hibah amanah, pengiktirafan amanah bagi pelaksanaan hibah amanah hartanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 dan wujud halangan daripada sudut statut, bukan statut dan amalan. Kajian ini mengemukakan cadangan yang perlu dilakukan bagi mengatasi halangan-halangan pelaksanaan hibah amanah di Malaysia. Bagi memenuhi matlamat, penggubalan undang-undang amanah Islam perlulah dipantau dan dikanunkan dengan lebih terperinci oleh pihak berautoriti. Kajian ini memberi impak kepada industri yang terlibat dalam penawaran produk hibah amanah, pengamal undang-undang, badan kehakiman dan masyarakat Islam yang berkompetensi memilih hibah amanah sebagai instrumen perancangan harta.
Pages: 319
Call Number: BP158.T78N843 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemakaian prinsip amanah dalam hibah menurut perspektif Islam dan perundangan di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.