Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389446
Title: | Tahap pengetahuan kosa kata dan kemahiran bertutur bahasa arab pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Selangor |
Authors: | Nurul Afiqah Mohd Rizan (P96078) |
Supervisor: | Harun Baharudin, Dr. |
Keywords: | Bahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Aug-2022 |
Abstract: | Kosa kata merupakan tunjang utama dalam mempelajari sesuatu bahasa. Seorang pelajar yang mengetahui kosa kata dengan baik akan mempengaruhi kemampuan untuk bertutur dalam sesuatu bahasa tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan kosa kata dan kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar di SABK negeri Selangor. Di samping itu, kajian ini akan melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan kosa kata dan kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk tinjauan. Sampel yang digunakan adalah seramai 214 orang pelajar sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada satu set ujian pengetahuan kosa kata Arab yang mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama, mengenal pasti demografi pelajar. Bahagian kedua, mengenal pasti tahap pengetahuan kosa kata dan bahagian ketiga ialah mengenal pasti kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaeadah analisis deskriptif dengan melihat kepada nilai min dan sisihan piawaian. Manakala kaedah analisis statistik inferensi berupa ujian kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian bagi tahap pengetahuan kosa kata berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.02 begitu juga kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar berada pada tahap yang sama dengan nilai min 3.19. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah dan signifikan antara tahap pengetahuan kosa kata dan kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar. Kesimpulannya, diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pelajar dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan kosa kata sekaligus menguasai dan mencapai kemahiran bertutur bahasa Arab dengan baik. |
Pages: | 104 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Tahap pengetahuan kosa kata dan kemahiran bertutur bahasa arab pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 1.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.