Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389445
Title: Persepsi pelajar DLP (Dual Languange Programme) sekolah menengah terhadap kompetensi guru, motivasi dan pengaturan kendiri
Authors: Hanifah Mohd Khailani (P85098)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Program Dwi Bahasa
Dual Language Programme
Guru -- Kompetensi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jul-2022
Abstract: Implikasi proses pengajaran memberi kesan terhadap motivasi pelajar. Persepsi terhadap pengajaran guru berkait rapat dengan motivasi pelajar. Dibimbangi program DLP (Program Dwi Bahasa) yang dilaksanakan sekarang dibayangi oleh implikasi penghapusan dan kegagalan PPSMI pada tahun 2012. Kompetensi guru dan motivasi pelajar merupakan faktor berkait dan penting dalam penentuan kejayaan program DLP ini. Maka kajian secara kuantitatif ini di jalankan bagi mendapatkan sedikit gambaran terhadap kompetensi guru, motivasi dan seterusnya pengaturan kendiri pelajar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap gaya pengajaran guru dan motivasi pelajar dalam program DLP dari perspektif pelajar serta menilai sejauh mana pengaturan kendiri mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar. Teknik pemilihan sampel kajian adalah secara rawak. Instrumen soal selidik yang diguna merupakan adaptasi dan gabungan instrumen beberapa kajian lepas. Terdapat lima bahagian dalam borang soal selidik iaitu demografi, pencapaian akademik, gaya pengajaran guru, motivasi intrinsic, dan pengaturan kendiri. Nilai ketekalan dalaman item yang mengukur setiap konstruk di antara 0.846 hingga 0.901 mengikut skala nilai Cronbach Alpha. Sampel kajian sebanyak 269 daripada keseluruhan 875 pelajar yang mengikuti Program DLP di daerah Hulu Langat. Pelajar daripada tujuh buah sekolah yang dipilih secara rawak dari keseluruhan sekolah yang menyertai. Analisis data deskriptif kajian menggunakan perisian SPSS Versi 22 dan pengujian hipotesis menggunakan analisis MANOVA Satu Hala. Hasil kajian mendapati gaya pengajaran guru, motivasi intrinsik dan pengaturan kendiri pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan (p>0.05) antara motivasi intrinsik dengan pengaturan kendiri. Dari aspek gaya pengajaran guru, terdapat hubungan yang signifikan dengan etnik, aliran persekolahan dan pencapaian pelajar. Motivasi intrinsik juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan aliran persekolahan. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan motivasi intrinsik dan gaya pengajaran guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran Sains DLP. Hasil kajian boleh digunakan dalam memberi implikasi bagi merangka latihan guru yang lebih komprehensif di masa akan datang. Bagi tujuan penyelidikan, dicadangkan agar kajian seterusnya dapat dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif agar pemerhatian dapat dijalankan secara terperinci dan mendalam bagi mendapatkan input baru.
Pages: 259
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389445
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi pelajar DLP (Dual Languange Programme) sekolah menengah terhadap kompetensi guru, motivasi dan pengaturan kendiri.pdf
  Restricted Access
Partial3.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.