Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784936
Title: Kesan pendedahan medan elektromagnetik frekuensi radio 3.5 ghz dan 24 ghz terhadap kecederaan testis dan kualiti sperma tikus sprague dawley jantan dewasa
Authors: Syed Muhamad Asyraf Syed Taha
Supervisor: Siti Fatimah Ibrahim, Prof. Dr.
Keywords: Radiofrequency Radiation -- radiation effects
Electromagnetic Fields -- adverse effects
Testis -- radiation effects
Sperm Motility -- radiation effects
Genitalia, Male -- radiation effects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Sep-2026
Abstract: Perkembangan pesat teknologi komunikasi tanpa wayar termasuk teknologi generasi kelima (5G) telah meningkatkan pendedahan kepada medan elektromagnetik frekuensi radio (RF-EMF), namun bukti mengenai kesannya terhadap sistem reproduktif lelaki masih terhad dan tidak konsisten. Kajian ini menilai kesan pendedahan RF-EMF 3.5 GHz dan 24 GHz terhadap kecederaan testis dan kualiti sperma tikus Sprague Dawley jantan dewasa melalui simulasi dosimetri dan eksperimen in vivo. Simulasi dijalankan untuk menentukan kadar penyerapan khusus (SAR) dan pola pemendapan kuasa pada jarak 5 cm dan 10 cm, manakala SAR pada jarak 20 cm dianggarkan melalui ekstrapolasi setempat. Eksperimen in vivo melibatkan 36 ekor tikus dalam kumpulan sham, 3.5 GHz dan 24 GHz dengan tempoh dedahan 1 jam atau 7 jam sehari selama 60 hari. Pada jarak 20 cm, anggaran SAR maksimum ialah 0.15 W kg1 bagi 3.5 GHz dan 4.00 × 10 W kg1 bagi 24 GHz, manakala anggaran SAR keseluruhan masing-masing ialah 0.06 W kg‍1 dan 1.80 × 10−7 W kg ̄1. Pemendapan tenaga pada 3.5 GHz relatif lebih mendalam, manakala 24 GHz lebih superfisial. HSP70 menurun pada kedua-dua frekuensi selepas 1 jam, manakala selepas 7 jam HSP90 meningkat pada 3.5 GHz dan HSP27 meningkat pada 24 GHz. Pada 24 GHz, IL-10 menurun pada kedua-dua tempoh dedahan dan TNF-α menurun selepas 7 jam. Pada 3.5 GHz, Casp3 meningkat selepas 1 jam, manakala indeks apoptotik meningkat pada kedua-dua tempoh dedahan, menunjukkan pola apoptosis testis yang lebih jelas. Motiliti sperma menurun pada 3.5 GHz bagi kedua-dua tempoh dedahan, manakala 24 GHz menunjukkan penurunan daya hidup selepas 1 jam serta penurunan kepekatan dan daya hidup selepas 7 jam. Secara keseluruhan, kedua-dua frekuensi menghasilkan pola kecederaan testis dan tindak balas reproduktif yang berbeza, selari dengan perbezaan pola pemendapan tenaga. Kajian ini menyumbang bukti bersepadu dosimetri-biologi mengenai pendedahan RF-EMF 3.5 GHz dan 24 GHz.
Notes: e-tesis
Pages: 222
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784936
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.