Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784936Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | en_US |
| dc.contributor.advisor | Siti Fatimah Ibrahim, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Syed Muhamad Asyraf Syed Taha | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-09-30T04:29:42Z | - |
| dc.date.available | 2026-09-30T04:29:42Z | - |
| dc.date.issued | 2026-09-14 | - |
| dc.identifier.other | P126219 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784936 | - |
| dc.description.abstract | Perkembangan pesat teknologi komunikasi tanpa wayar termasuk teknologi generasi kelima (5G) telah meningkatkan pendedahan kepada medan elektromagnetik frekuensi radio (RF-EMF), namun bukti mengenai kesannya terhadap sistem reproduktif lelaki masih terhad dan tidak konsisten. Kajian ini menilai kesan pendedahan RF-EMF 3.5 GHz dan 24 GHz terhadap kecederaan testis dan kualiti sperma tikus Sprague Dawley jantan dewasa melalui simulasi dosimetri dan eksperimen in vivo. Simulasi dijalankan untuk menentukan kadar penyerapan khusus (SAR) dan pola pemendapan kuasa pada jarak 5 cm dan 10 cm, manakala SAR pada jarak 20 cm dianggarkan melalui ekstrapolasi setempat. Eksperimen in vivo melibatkan 36 ekor tikus dalam kumpulan sham, 3.5 GHz dan 24 GHz dengan tempoh dedahan 1 jam atau 7 jam sehari selama 60 hari. Pada jarak 20 cm, anggaran SAR maksimum ialah 0.15 W kg1 bagi 3.5 GHz dan 4.00 × 10 W kg1 bagi 24 GHz, manakala anggaran SAR keseluruhan masing-masing ialah 0.06 W kg1 dan 1.80 × 10−7 W kg ̄1. Pemendapan tenaga pada 3.5 GHz relatif lebih mendalam, manakala 24 GHz lebih superfisial. HSP70 menurun pada kedua-dua frekuensi selepas 1 jam, manakala selepas 7 jam HSP90 meningkat pada 3.5 GHz dan HSP27 meningkat pada 24 GHz. Pada 24 GHz, IL-10 menurun pada kedua-dua tempoh dedahan dan TNF-α menurun selepas 7 jam. Pada 3.5 GHz, Casp3 meningkat selepas 1 jam, manakala indeks apoptotik meningkat pada kedua-dua tempoh dedahan, menunjukkan pola apoptosis testis yang lebih jelas. Motiliti sperma menurun pada 3.5 GHz bagi kedua-dua tempoh dedahan, manakala 24 GHz menunjukkan penurunan daya hidup selepas 1 jam serta penurunan kepekatan dan daya hidup selepas 7 jam. Secara keseluruhan, kedua-dua frekuensi menghasilkan pola kecederaan testis dan tindak balas reproduktif yang berbeza, selari dengan perbezaan pola pemendapan tenaga. Kajian ini menyumbang bukti bersepadu dosimetri-biologi mengenai pendedahan RF-EMF 3.5 GHz dan 24 GHz. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | en_US |
| dc.subject | Radiofrequency Radiation -- radiation effects | en_US |
| dc.subject | Electromagnetic Fields -- adverse effects | en_US |
| dc.subject | Testis -- radiation effects | en_US |
| dc.subject | Sperm Motility -- radiation effects | en_US |
| dc.subject | Genitalia, Male -- radiation effects | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kesan pendedahan medan elektromagnetik frekuensi radio 3.5 ghz dan 24 ghz terhadap kecederaan testis dan kualiti sperma tikus sprague dawley jantan dewasa | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | en_US |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 222 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan pendedahan medan elektromagnetik frekuensi radio 3.5 ghz dan 24 ghz terhadap kecederaan testis dan kualiti sperma tikus sprague dawley jantan dewasa.pdf | Full-text | 6.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.