Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784835
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChong Shin, Prof Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorKarim Harun, Prof Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd khaidir Abdul Wahaben_US
dc.date.accessioned2026-09-22T07:28:23Z-
dc.date.available2026-09-22T07:28:23Z-
dc.date.issued2026-05-08-
dc.identifier.otherP129839en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784835-
dc.description.abstractMasyarakat Banjar diaspora di mukim Bagan Serai berada dalam ekologi linguistik yang rencam, dicirikan oleh kewujudan dan interaksi pelbagai bahasa, termasuk bahasa Banjar, bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah. Dalam konteks perubahan mobiliti, pendidikan dan interaksi sosial yang pelbagai, timbul persoalan tentang kedudukan semasa bahasa Banjar sebagai alat komunikasi dan penanda identiti. Kajian ini meneliti pilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Banjar diaspora di mukim Bagan Serai, Kerian, Perak menggunakan kerangka pilihan bahasa dan domain Fishman (1972) serta Skala Gangguan antara Generasi Bergred Diperluas (Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale atau EGIDS) oleh Lewis dan Simons (2010). Dari segi reka bentuk, kajian ini menggunakan pendekatan exploratory sequential mixed methods yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif secara berperingkat. Fasa kualitatif melibatkan rakaman tidak sedar yang dilaksanakan dalam tiga pusingan merentasi enam domain, iaitu keluarga, persahabatan, jual beli, pekerjaan, pendidikan dan keagamaan. Selain itu, kajian ini melibatkan temu bual separa berstruktur serta analisis kandungan untuk memperkukuh dapatan kualitatif. Fasa kuantitatif pula dilaksanakan melalui kaedah soal selidik bagi menilai dan mengesahkan pola dapatan yang diperoleh daripada fasa kualitatif. Triangulasi data menunjukkan bahawa bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Kedah mendominasi domain rasmi dan awam, manakala bahasa Banjar masih kekal terutama dalam interaksi sesama etnik dan amalan tradisi. Namun begitu, fungsi bahasa Banjar ini mengecil dan lebih bersifat simbolik, terutama dalam kalangan generasi muda. Peralihan ini dipengaruhi antaranya oleh jurang generasi dan transmisi keluarga yang lemah, perkahwinan campur, norma institusi pendidikan dan pekerjaan yang menuntut bahasa Melayu, akomodasi linguistik untuk keberkesanan komunikasi serta persepsi prestij dan praktikaliti terhadap bahasa dominan. Berdasarkan penilaian EGIDS, kedudukan bahasa Banjar di mukim ini terletak antara Tahap 7–8a (beralih–hampir pupus). Usaha pemulihan wajar ditumpukan pada penggunaan di rumah (domain keluarga), sokongan pendidikan tidak formal di madrasah, masjid dan sekolah setempat, serta dokumentasi bahan lisan secara teratur. Tanpa langkah terancang, bahasa Banjar terdedah kepada risiko merosot ke tahap lebih kritikal; dengan kerjasama keluarga, institusi setempat dan dasar pada peringkat daerah, bahasa ini masih berpotensi untuk kembali menjadi medium komunikasi harian. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectbahasa pilihanen_US
dc.subjectsosiolinguistik masyarakat banjaren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertationen_US
dc.subjectDissertations Academic-- Malaysiaen_US
dc.subjectBahasa Banjaren_US
dc.subjectBagan Seraien_US
dc.titlePilihan dan peralihan bahasa diaspora masyarakat Banjar di mukim Bagan Serai daerah Kerian, Peraken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages437en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P129839 Full Thesis Mohd Khaidir Abdul Wahab [TESISPTSL] borang baru.pdfFull text265.03 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.