Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784831
Title: Pengenalpastian isomer vitamin E yang paling efektif menggunakan sel osteoblas hFOB 1.19 pada perancah tulang haiwan
Authors: Nur Farhana Mohd Fozi.
Supervisor: Ima Nirwana Soelaiman, Prof. Dr.
Chua Kien Hui, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Pharmacology
Research
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 31-May-2021
Abstract: Osteoporosis adalah penyakit yang dicirikan oleh jisim tulang yang rendah, kemerosoton tisu tulang dan gangguan struktur mikro tulang yang menyebabkan kekuatan tulang terjejas dan peningkatan risiko patah tulang. Kajian penyelidikan yang lepas mendapati bahawa vitamin E yang terkandung di dalam kelapa sawit berpotensi untuk membantu pembentukan tulang. Oleh itu, kajian ini direka bagi mengenalpasti kesan antiosteoporosis setiap isomer tokotrienol (α-, β-, γ- dan δ-) dan isomer α-tokoferol menggunakan sistem tiga dimensi statik pada tulang perancah lembu. Kajian ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu penyediaan tulang perancah lembu dan pengenalpastian isomer vitamin E yang berpotensi dalam pembentukan semula tulang. Pada peringkat pertama tulang bahagian trabekular kepala femur lembu melalui proses nyahkalsium dan dipotong dalam ukuran 10 mm x 10 mm x 5 mm untuk dijadikan sebagai perancah tulang lembu. Sel osteoblas fetus manusia hfOB 1.19 telah dirawat dengan kepekatan isomer vitamin E yang berbeza (1-1000 nM) dan dianalisis menggunakan asai sel viabiliti. Sel osteoblas yang dirawat dengan γ-tokotrienol dan δ-tokotrienol pada kepekatan 100 nM meningkatkan proliferasi sel berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Sel osteoblas kemudian dibiakkan pada perancah tulang lembu dan dirawat dengan setiap individu isomer tokotrienol pada kepekatan 100 nM selama 21 hari di bawah keadaan piawai kultur (37°C, 95% kelembapan dan 5% kepekatan CO2). Imbasan mikroskopi elektron menunjukkan pelekatan sel osteoblas pada tulang perancah. Pada kajian peringkat kedua, analisis biokimia serta histomorfometri dibuat. Aktiviti fosfatase alkali (ALP) telah meningkat dari hari ke 7 sehingga hari ke-15 selepas rawatan vitamin E isomer tokotrienol dan tokoferol (p<0.05). Aktiviti ALP pada perancah yang dirawat dengan ᵞ tokotrienol meningkat lebih tinggi berbanding isomer lain pada setiap masa (p<0.05). Aras osteokalsin meningkat bermula pada hari ke-7 pada rawatan isomer tokotrienol dan α-tokoferol. Kesemua kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan kecuali pada hari ke-21 (p<0.05). Keputusan histomorfometri mendapati bahawa γ- dan δ- tokotrienol menunjukkan peningkatan pemulihan paling tinggi berbanding rawatan lain (p<0.05). Imbasan tomografi berkomputer menunjukkan isomer γ-tokotrienol meningkatkan perimeter tulang, isipadu trabekular, ketebalan trebekular serta jumlah trabekular dengan signifikan (p<0.05). Kesimpulanya, γ- dan δ-tokotrienol adalah isomer vitamin E yang paling berkesan untuk memperbaiki tulang yang telah dinyahkalsium. Kedua-dua isomer tokotrienol ini berpotensi digunakan sebagai rawatan antiosteoporosis.
Pages: 171
Call Number: QV20.5.N974p 2021 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784831
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.