Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784831
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorIma Nirwana Soelaiman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorChua Kien Hui, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Farhana Mohd Fozi.en_US
dc.date.accessioned2026-09-21T03:45:36Z-
dc.date.available2026-09-21T03:45:36Z-
dc.date.issued2021-05-31-
dc.identifier.otherP88849en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784831-
dc.description.abstractOsteoporosis adalah penyakit yang dicirikan oleh jisim tulang yang rendah, kemerosoton tisu tulang dan gangguan struktur mikro tulang yang menyebabkan kekuatan tulang terjejas dan peningkatan risiko patah tulang. Kajian penyelidikan yang lepas mendapati bahawa vitamin E yang terkandung di dalam kelapa sawit berpotensi untuk membantu pembentukan tulang. Oleh itu, kajian ini direka bagi mengenalpasti kesan antiosteoporosis setiap isomer tokotrienol (α-, β-, γ- dan δ-) dan isomer α-tokoferol menggunakan sistem tiga dimensi statik pada tulang perancah lembu. Kajian ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu penyediaan tulang perancah lembu dan pengenalpastian isomer vitamin E yang berpotensi dalam pembentukan semula tulang. Pada peringkat pertama tulang bahagian trabekular kepala femur lembu melalui proses nyahkalsium dan dipotong dalam ukuran 10 mm x 10 mm x 5 mm untuk dijadikan sebagai perancah tulang lembu. Sel osteoblas fetus manusia hfOB 1.19 telah dirawat dengan kepekatan isomer vitamin E yang berbeza (1-1000 nM) dan dianalisis menggunakan asai sel viabiliti. Sel osteoblas yang dirawat dengan γ-tokotrienol dan δ-tokotrienol pada kepekatan 100 nM meningkatkan proliferasi sel berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Sel osteoblas kemudian dibiakkan pada perancah tulang lembu dan dirawat dengan setiap individu isomer tokotrienol pada kepekatan 100 nM selama 21 hari di bawah keadaan piawai kultur (37°C, 95% kelembapan dan 5% kepekatan CO2). Imbasan mikroskopi elektron menunjukkan pelekatan sel osteoblas pada tulang perancah. Pada kajian peringkat kedua, analisis biokimia serta histomorfometri dibuat. Aktiviti fosfatase alkali (ALP) telah meningkat dari hari ke 7 sehingga hari ke-15 selepas rawatan vitamin E isomer tokotrienol dan tokoferol (p<0.05). Aktiviti ALP pada perancah yang dirawat dengan ᵞ tokotrienol meningkat lebih tinggi berbanding isomer lain pada setiap masa (p<0.05). Aras osteokalsin meningkat bermula pada hari ke-7 pada rawatan isomer tokotrienol dan α-tokoferol. Kesemua kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan kecuali pada hari ke-21 (p<0.05). Keputusan histomorfometri mendapati bahawa γ- dan δ- tokotrienol menunjukkan peningkatan pemulihan paling tinggi berbanding rawatan lain (p<0.05). Imbasan tomografi berkomputer menunjukkan isomer γ-tokotrienol meningkatkan perimeter tulang, isipadu trabekular, ketebalan trebekular serta jumlah trabekular dengan signifikan (p<0.05). Kesimpulanya, γ- dan δ-tokotrienol adalah isomer vitamin E yang paling berkesan untuk memperbaiki tulang yang telah dinyahkalsium. Kedua-dua isomer tokotrienol ini berpotensi digunakan sebagai rawatan antiosteoporosis.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectPharmacologyen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titlePengenalpastian isomer vitamin E yang paling efektif menggunakan sel osteoblas hFOB 1.19 pada perancah tulang haiwanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages171en_US
dc.identifier.callnoQV20.5.N974p 2021 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247059en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.