Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784805| Title: | Pembangunan panduan akomodasi dan modifikasi pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran |
| Authors: | Nur Fatehah Mohd Shukri |
| Supervisor: | Cila Umat, Prof. Madya Dr. Khairul Farhah Khairuddin, Dr. |
| Keywords: | Deafness Hearing Loss Hearing Disorders Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 28-Apr-2026 |
| Abstract: | Strategi A&M (A&M) penting dalam menyokong keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta mengoptimumkan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran (MBPK KUP). Namun, pelaksanaannya terhalang oleh kekurangan pengetahuan, kemahiran, dan kemudahan dalam kalangan guru, ditambah pula dengan ketiadaan sumber rujukan yang holistik dan kontekstual. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan dan mengimplementasi sebuah panduan digital A&M yang komprehensif untuk guru MBPK KUP. Fasa 1 melibatkan analisis keperluan menggunakan Senarai Semak A&M PdP bagi MBPK KUP yang diterjemah dan diadaptasi daripada versi Bahasa Inggeris. Instrumen ini terdiri daripada 69 item merangkumi tujuh domain: teknologi pendengaran, teknologi bantuan, komunikasi, persekitaran fizikal, pengajaran, penilaian dan kurikulum. Ia telah diedarkan kepada guru yang mengajar MBPK KUP di beberapa negeri terlibat iaitu Melaka, Pahang, Sabah dan Selangor. Seramai 196 guru melengkapkan senarai semak, dengan kadar pelaksanaan keseluruhan sebanyak 72.6% dan purata skor 50.1 daripada maksimum 69.0 (sisihan piawai = 16.4; julat = 68). Domain komunikasi menunjukkan pelaksanaan tertinggi (81.1%–99.0%), manakala teknologi pendengaran mencatatkan pelaksanaan terendah, menunjukkan cabaran guru dalam penggunaan teknologi. Dapatan kuantitatif disokong melalui perbincangan kumpulan berfokus bersama 10 guru bagi memperkukuh pembangunan panduan digital. Seterusnya, Fasa 2 melibatkan proses pembangunan dan pengesahan kandungan Panduan A&M PdP bagi MBPK KUP menggunakan borang Indeks Kesahan Muka dan Kandungan yang telah dinilai oleh 10 orang panel pakar. Semua item mencapai persetujuan penuh dengan nilai Indeks Kesahan Kandungan Individu (I-CVI) dan Indeks Kesahan Kandungan Skala (S-CVI) masing-masing sebanyak 1.0, menunjukkan tahap kesahan yang sangat tinggi. Fasa 3 pula melibatkan latihan penggunaan panduan digital kepada guru di negeri-negeri terlibat, diikuti dengan penilaian kebolehlaksanaan menggunakan borang Implementation Outcome Measures yang telah dilengkapkan oleh 32 orang guru melalui persampelan bertujuan selepas tempoh pelaksanaan di sekolah. Purata skor kebolehlaksanaan yang direkodkan ialah 4.6 daripada 5.0 (minimum= 3.7, maksimum= 5.0), menunjukkan bahawa strategi yang dicadangkan dalam panduan dapat dilaksanakan oleh guru. Kesimpulannya, panduan ini berpotensi menjadi rujukan praktikal dalam menyokong pembelajaran MBPK KUP. Kajian pelaksanaan berskala nasional disarankan bagi memastikan pencapaian objektif PdP yang lebih berstruktur, holistik dan kontekstual selari dengan keperluan pendidikan semasa di Malaysia. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 185 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784805 |
| Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pembangunan panduan akomodasi dan modifikasi pengajaran dan pembelajaran murid.pdf | Full-text | 4.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.