Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784805
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorCila Umat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorKhairul Farhah Khairuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Fatehah Mohd Shukrien_US
dc.date.accessioned2026-09-15T00:54:34Z-
dc.date.available2026-09-15T00:54:34Z-
dc.date.issued2026-04-28-
dc.identifier.otherP134043en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784805-
dc.description.abstractStrategi A&M (A&M) penting dalam menyokong keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta mengoptimumkan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran (MBPK KUP). Namun, pelaksanaannya terhalang oleh kekurangan pengetahuan, kemahiran, dan kemudahan dalam kalangan guru, ditambah pula dengan ketiadaan sumber rujukan yang holistik dan kontekstual. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan dan mengimplementasi sebuah panduan digital A&M yang komprehensif untuk guru MBPK KUP. Fasa 1 melibatkan analisis keperluan menggunakan Senarai Semak A&M PdP bagi MBPK KUP yang diterjemah dan diadaptasi daripada versi Bahasa Inggeris. Instrumen ini terdiri daripada 69 item merangkumi tujuh domain: teknologi pendengaran, teknologi bantuan, komunikasi, persekitaran fizikal, pengajaran, penilaian dan kurikulum. Ia telah diedarkan kepada guru yang mengajar MBPK KUP di beberapa negeri terlibat iaitu Melaka, Pahang, Sabah dan Selangor. Seramai 196 guru melengkapkan senarai semak, dengan kadar pelaksanaan keseluruhan sebanyak 72.6% dan purata skor 50.1 daripada maksimum 69.0 (sisihan piawai = 16.4; julat = 68). Domain komunikasi menunjukkan pelaksanaan tertinggi (81.1%–99.0%), manakala teknologi pendengaran mencatatkan pelaksanaan terendah, menunjukkan cabaran guru dalam penggunaan teknologi. Dapatan kuantitatif disokong melalui perbincangan kumpulan berfokus bersama 10 guru bagi memperkukuh pembangunan panduan digital. Seterusnya, Fasa 2 melibatkan proses pembangunan dan pengesahan kandungan Panduan A&M PdP bagi MBPK KUP menggunakan borang Indeks Kesahan Muka dan Kandungan yang telah dinilai oleh 10 orang panel pakar. Semua item mencapai persetujuan penuh dengan nilai Indeks Kesahan Kandungan Individu (I-CVI) dan Indeks Kesahan Kandungan Skala (S-CVI) masing-masing sebanyak 1.0, menunjukkan tahap kesahan yang sangat tinggi. Fasa 3 pula melibatkan latihan penggunaan panduan digital kepada guru di negeri-negeri terlibat, diikuti dengan penilaian kebolehlaksanaan menggunakan borang Implementation Outcome Measures yang telah dilengkapkan oleh 32 orang guru melalui persampelan bertujuan selepas tempoh pelaksanaan di sekolah. Purata skor kebolehlaksanaan yang direkodkan ialah 4.6 daripada 5.0 (minimum= 3.7, maksimum= 5.0), menunjukkan bahawa strategi yang dicadangkan dalam panduan dapat dilaksanakan oleh guru. Kesimpulannya, panduan ini berpotensi menjadi rujukan praktikal dalam menyokong pembelajaran MBPK KUP. Kajian pelaksanaan berskala nasional disarankan bagi memastikan pencapaian objektif PdP yang lebih berstruktur, holistik dan kontekstual selari dengan keperluan pendidikan semasa di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectDeafnessen_US
dc.subjectHearing Lossen_US
dc.subjectHearing Disordersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan panduan akomodasi dan modifikasi pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages185en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan panduan akomodasi dan modifikasi pengajaran dan pembelajaran murid.pdfFull-text4.34 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.