Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784685
Title: Ke arah endokrinologi kejituan dalam hipogonadisme dengan diabetes jenis dua: stratifikasi fenotip, serta risiko metabolik dan persekitaran yang boleh disasarkan
Authors: Kang, Waye Hann
Supervisor: Norlela Sukor, Prof. Dr.
Nor Azmi Kamaruddin, Prof. Dr.
Zulkifli Md. Zainuddin, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Diabetes Mellitus, Type 2
Hypogonadism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Aug-2026
Abstract: Hipogonadisme semakin dikenalpasti sebagai komorbidi penting di kalangan lelaki dengan diabetes jenis 2 (T2DM), namun data Asia Tenggara masih berkurangan serta sumbangan relatif faktor metabolik lawan persekitaran masih kurang ditakrifkan. Hipogonadisme terdiri daripada dua entiti berbeza: hipogonadisme hipogonadotropik (hipo-H) dan hipogonadism hipergonadotropik (hiper-H). Tatkala hipo-H dikaitkan dengan adipositi visceral dan rintangan insulin, mekanisme yang mendasari hiper-H masih kurang difahami. Kajian ini bermatlamat menentukan kelaziman hipogonadisme dan taburan fenotip-nya di kalangan lelaki Malaysia T2DM dan mengkaji perkaitan novel pendedahan bisphenol A (BPA) dengan hiper-H, serta laluan berkait leptin dan hipo-H. Kajian keratan rentas awal merekrut 360 lelaki T2DM dari hospital tertier. Diagnosa hipogonadisme dibuat menggunakan kriteria tersebut: paras jumlah testosteron (tT<12 nmol/L) dan testosteron bebas (cfT <0.255 nmol/L) rendah dengan gejala klinikal dinilai menggunakan skala Aging Male Symptoms. Paras BPA serum seterusnya diukur dalam 11 pesakit hiper-H, 12 pesakit hipo-H, dan 65 kawalan normogonad. Selain itu, 23 pesakit hipo-H dirawakkan untuk menerima dulaglutide dengan terapi piawai (n=12) atau terapi piawai sahaja (n=11) selama tiga bulan untuk menilai impak penurunan berat badan terhadap paksi adiponektin-leptin- kisspeptin. Kelaziman keseluruhan hipogonadisme adalah 17.5%, dengan hiper-H menunjukkan kadar tinggi tidak dijangka (44.4%). Peramal tidak bersandar hipogonadisme termasuk peningkatan umur (p=0.035), indeks jisim berat tinggi (p=0.001), penyakit arteri koronari (p=0.027), dan paras HDL-C yang lebih rendah (p=0.033). Perkaitan bagi kedua-dua fenotip terserlah pembezaannya: hiper-H berkait dengan umur (p=0.034), manakala hipo-H berkelompok dengan ciri-ciri metabolik yang buruk. Pentingnya, pendedahan BPA berhubung kuat dan bebas dengan hiper-H (OR=14.4, p=0.002), dengan paras BPA serum berkorelasi songsang dengan kedua-dua parameter testosteron (tT: -0.310, p=0.008; cfT: 1=-0.373, p=0.01). Penurunan berat badan akibat dulaglutide meningkatkan paras cfT secara bererti dalam pesakit hipo-H (p=0.031), tanpa perubahan sepadan dalam paras adiponektin, leptin, atau kisspeptin. Penemuan- penemuan ini mengenalpasti hipodonadisme suatu keadaan lazim tetapi heterogen di kalangan lelaki T2DM dan menunjukkan penglibatan pendedahan sebatian pengacau endokrin dalam patogenesis hiper-H. Perbezaan fenotip jelas antara hipo-H dan hiper- H menyokong pendekatan perubatan kejituan, mengutamakan intervensi metabolik untuk hipo-H dan mitigasi risiko persekitaran untuk hiper-H. Penemuan ini menambahkan dimensi persekitaran kritikal terhadap endokrinologi reproduktif lelaki dalam diabetes dan mempunyai implikasi klinikal penting khasnya terhadap dasar kesihatan umum di rantau tersebut.
Notes: e-tesis
Pages: 383
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784685
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.