Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784685Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | en_US |
| dc.contributor.advisor | Norlela Sukor, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Nor Azmi Kamaruddin, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Zulkifli Md. Zainuddin, Prof. Dato' Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Kang, Waye Hann | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-08-27T07:46:43Z | - |
| dc.date.available | 2026-08-27T07:46:43Z | - |
| dc.date.issued | 2026-08-11 | - |
| dc.identifier.other | P94530 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784685 | - |
| dc.description.abstract | Hipogonadisme semakin dikenalpasti sebagai komorbidi penting di kalangan lelaki dengan diabetes jenis 2 (T2DM), namun data Asia Tenggara masih berkurangan serta sumbangan relatif faktor metabolik lawan persekitaran masih kurang ditakrifkan. Hipogonadisme terdiri daripada dua entiti berbeza: hipogonadisme hipogonadotropik (hipo-H) dan hipogonadism hipergonadotropik (hiper-H). Tatkala hipo-H dikaitkan dengan adipositi visceral dan rintangan insulin, mekanisme yang mendasari hiper-H masih kurang difahami. Kajian ini bermatlamat menentukan kelaziman hipogonadisme dan taburan fenotip-nya di kalangan lelaki Malaysia T2DM dan mengkaji perkaitan novel pendedahan bisphenol A (BPA) dengan hiper-H, serta laluan berkait leptin dan hipo-H. Kajian keratan rentas awal merekrut 360 lelaki T2DM dari hospital tertier. Diagnosa hipogonadisme dibuat menggunakan kriteria tersebut: paras jumlah testosteron (tT<12 nmol/L) dan testosteron bebas (cfT <0.255 nmol/L) rendah dengan gejala klinikal dinilai menggunakan skala Aging Male Symptoms. Paras BPA serum seterusnya diukur dalam 11 pesakit hiper-H, 12 pesakit hipo-H, dan 65 kawalan normogonad. Selain itu, 23 pesakit hipo-H dirawakkan untuk menerima dulaglutide dengan terapi piawai (n=12) atau terapi piawai sahaja (n=11) selama tiga bulan untuk menilai impak penurunan berat badan terhadap paksi adiponektin-leptin- kisspeptin. Kelaziman keseluruhan hipogonadisme adalah 17.5%, dengan hiper-H menunjukkan kadar tinggi tidak dijangka (44.4%). Peramal tidak bersandar hipogonadisme termasuk peningkatan umur (p=0.035), indeks jisim berat tinggi (p=0.001), penyakit arteri koronari (p=0.027), dan paras HDL-C yang lebih rendah (p=0.033). Perkaitan bagi kedua-dua fenotip terserlah pembezaannya: hiper-H berkait dengan umur (p=0.034), manakala hipo-H berkelompok dengan ciri-ciri metabolik yang buruk. Pentingnya, pendedahan BPA berhubung kuat dan bebas dengan hiper-H (OR=14.4, p=0.002), dengan paras BPA serum berkorelasi songsang dengan kedua-dua parameter testosteron (tT: -0.310, p=0.008; cfT: 1=-0.373, p=0.01). Penurunan berat badan akibat dulaglutide meningkatkan paras cfT secara bererti dalam pesakit hipo-H (p=0.031), tanpa perubahan sepadan dalam paras adiponektin, leptin, atau kisspeptin. Penemuan- penemuan ini mengenalpasti hipodonadisme suatu keadaan lazim tetapi heterogen di kalangan lelaki T2DM dan menunjukkan penglibatan pendedahan sebatian pengacau endokrin dalam patogenesis hiper-H. Perbezaan fenotip jelas antara hipo-H dan hiper- H menyokong pendekatan perubatan kejituan, mengutamakan intervensi metabolik untuk hipo-H dan mitigasi risiko persekitaran untuk hiper-H. Penemuan ini menambahkan dimensi persekitaran kritikal terhadap endokrinologi reproduktif lelaki dalam diabetes dan mempunyai implikasi klinikal penting khasnya terhadap dasar kesihatan umum di rantau tersebut. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | en_US |
| dc.subject | Diabetes Mellitus, Type 2 | en_US |
| dc.subject | Hypogonadism | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Ke arah endokrinologi kejituan dalam hipogonadisme dengan diabetes jenis dua: stratifikasi fenotip, serta risiko metabolik dan persekitaran yang boleh disasarkan | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | en_US |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 383 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Ke arah endokrinologi kejituan dalam hipogonadisme dengan diabetes jenis dua stratifikasi fenotip, serta risiko metabolik dan persekitaran yang boleh disasarkan.pdf | Full-text | 5.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.