Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784458| Title: | Penerokaan takut bersalin dalam kalangan wanita hamil Malaysia yang berbilang budaya: prevalens, faktor risiko dan hasil kehamilan |
| Authors: | Aida Hani Mohd Kalok |
| Supervisor: | Shamsul Azhar Shah, Prof. Dr. Ixora Kamisan Atan, Prof. Madya Dr. Nazarudin Safian, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Parturition -- ethnology Pregnancy Parturition -- psychology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-Feb-2026 |
| Abstract: | Takut bersalin, atau tokofobia, merujuk kepada ketakutan patologi terhadap proses bersalin yang memberi kesan buruk kepada wanita semasa kehamilan dan juga selepas bersalin. Tokofobia bersifat multidimensi dan dipengaruhi oleh faktor budaya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka takut bersalin dalam kalangan wanita hamil Malaysia yang berbilang bangsa serta membangunkan dan mengesahkan instrumen yang bersesuaian dengan budaya, bagi menilai prevalens, faktor risiko dan hasil kehamilan yang berkaitan. Kajian ini dijalankan di klinik antenatal Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, menggunakan reka bentuk kaedah campuran penerokaan berurutan yang merangkumi tiga fasa, iaitu temu bual kualitatif (Fasa 1), pembangunan dan pengesahan soal selidik (Fasa 2), serta kajian prevalens susulan (Fasa 3). Dua belas temu bual bersemuka menghasilkan lima tema utama, yang digunakan untuk membangunkan 137 item awal, yang seterusnya disaring melalui penilaian pakar. Dalam Fasa 2, analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA), dijalankan ke atas dua kohort berasingan yang melibatkan 598 wanita. EFA ke atas 43 item, menghasilkan soal selidik Malaysian Fear of Birth (MyFOB), yang merangkumi 20 item dan melibatkan 65.6% jumlah varians. Empat faktor telah dikenal pasti, iaitu (1) Proses bersalin dan kelahiran, (2) Kesakitan, (3) Emosi ibu, dan (4) Interaksi dengan petugas kesihatan. Instrumen ini menunjukkan konsistensi dalaman yang tinggi (Alfa Cronbach = 0.88), manakala CFA menunjukkan kesesuaian model yang memuaskan. Fasa 3 melibatkan gabungan kajian keratan rentas dan kohort. Prevalens keseluruhan takut bersalin ialah 75.4%, dengan tokofobia tahap sederhana hingga teruk melibatkan 26.7% wanita. Tahap pendidikan tinggi (AOR 2.03, 95% SK 1.29-3.20), pekerjaan sepenuh masa (AOR 1.73, 95% SK 1.11-2.71), dan status primigravida (AOR 1.89, 95% SK 1.20-2.97) dikenal pasti sebagai faktor signifikan yang mempengaruhi takut bersalin, manakala wanita Melayu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk tokofobia tahap sederhana hingga teruk (AOR 2.54, 95% SK 1.26-5.16). Pembedahan caesarean kecemasan (p = 0.005) dan penggunaan analgesia semasa bersalin (p = 0.007) dikaitkan dengan skor ketakutan yang lebih tinggi. Tokofobia tidak dikaitkan dengan kesan negatif terhadap bayi neonatal. Soal selidik MyFOB adalah instrumen penilaian tokofobia yang boleh dipercayai dan relevan dari segi budaya. Penggunaan MyFOB dalam rutin penjagaan antenatal memudahkan pengesanan awal takut bersalin dalam kalangan wanita yang berisiko, seterusnya membolehkan penyediaan sokongan dan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi ibu semasa kehamilan dan selepas bersalin. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 218 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784458 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penerokaan takut bersalin dalam kalangan wanita hamil Malaysia yang berbilang budaya prevalens, faktor risiko dan hasil kehamilan.pdf | Full-text | 3.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.