Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784458
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorShamsul Azhar Shah, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorIxora Kamisan Atan, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNazarudin Safian, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAida Hani Mohd Kaloken_US
dc.date.accessioned2026-08-17T06:25:10Z-
dc.date.available2026-08-17T06:25:10Z-
dc.date.issued2026-02-20-
dc.identifier.otherP120522en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784458-
dc.description.abstractTakut bersalin, atau tokofobia, merujuk kepada ketakutan patologi terhadap proses bersalin yang memberi kesan buruk kepada wanita semasa kehamilan dan juga selepas bersalin. Tokofobia bersifat multidimensi dan dipengaruhi oleh faktor budaya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka takut bersalin dalam kalangan wanita hamil Malaysia yang berbilang bangsa serta membangunkan dan mengesahkan instrumen yang bersesuaian dengan budaya, bagi menilai prevalens, faktor risiko dan hasil kehamilan yang berkaitan. Kajian ini dijalankan di klinik antenatal Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, menggunakan reka bentuk kaedah campuran penerokaan berurutan yang merangkumi tiga fasa, iaitu temu bual kualitatif (Fasa 1), pembangunan dan pengesahan soal selidik (Fasa 2), serta kajian prevalens susulan (Fasa 3). Dua belas temu bual bersemuka menghasilkan lima tema utama, yang digunakan untuk membangunkan 137 item awal, yang seterusnya disaring melalui penilaian pakar. Dalam Fasa 2, analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA), dijalankan ke atas dua kohort berasingan yang melibatkan 598 wanita. EFA ke atas 43 item, menghasilkan soal selidik Malaysian Fear of Birth (MyFOB), yang merangkumi 20 item dan melibatkan 65.6% jumlah varians. Empat faktor telah dikenal pasti, iaitu (1) Proses bersalin dan kelahiran, (2) Kesakitan, (3) Emosi ibu, dan (4) Interaksi dengan petugas kesihatan. Instrumen ini menunjukkan konsistensi dalaman yang tinggi (Alfa Cronbach = 0.88), manakala CFA menunjukkan kesesuaian model yang memuaskan. Fasa 3 melibatkan gabungan kajian keratan rentas dan kohort. Prevalens keseluruhan takut bersalin ialah 75.4%, dengan tokofobia tahap sederhana hingga teruk melibatkan 26.7% wanita. Tahap pendidikan tinggi (AOR 2.03, 95% SK 1.29-3.20), pekerjaan sepenuh masa (AOR 1.73, 95% SK 1.11-2.71), dan status primigravida (AOR 1.89, 95% SK 1.20-2.97) dikenal pasti sebagai faktor signifikan yang mempengaruhi takut bersalin, manakala wanita Melayu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk tokofobia tahap sederhana hingga teruk (AOR 2.54, 95% SK 1.26-5.16). Pembedahan caesarean kecemasan (p = 0.005) dan penggunaan analgesia semasa bersalin (p = 0.007) dikaitkan dengan skor ketakutan yang lebih tinggi. Tokofobia tidak dikaitkan dengan kesan negatif terhadap bayi neonatal. Soal selidik MyFOB adalah instrumen penilaian tokofobia yang boleh dipercayai dan relevan dari segi budaya. Penggunaan MyFOB dalam rutin penjagaan antenatal memudahkan pengesanan awal takut bersalin dalam kalangan wanita yang berisiko, seterusnya membolehkan penyediaan sokongan dan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi ibu semasa kehamilan dan selepas bersalin.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectParturition -- ethnologyen_US
dc.subjectPregnancyen_US
dc.subjectParturition -- psychologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenerokaan takut bersalin dalam kalangan wanita hamil Malaysia yang berbilang budaya: prevalens, faktor risiko dan hasil kehamilanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages218en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.