Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784441| Title: | Kesan senaman tai chi jangkamasa panjang ke atas profil kardiovaskular dan status oksidatif di kalangan dewasa tua |
| Authors: | Azni Rabu |
| Supervisor: | Noor Aini Abdul Hamid, Prof. Madya Dr. Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dr. |
| Keywords: | Tai Ji -- adverse effects Exercise Movement Techniques Cardiovascular System Frail Elderly Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 18-May-2010 |
| Abstract: | Cara hidup sedentari dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan terhadap berlakunya pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan diabetis melitus di kalangan dewasa tua. Manakala, senaman pula dilaporkan dapat meningkatkan penghasilan radikal bebas yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan dalam status oksidatif. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan senaman Tai Chi jangkamasa panjang ke atas profil kardiovaskular dan status oksidatif di kalangan dewasa tua. Kajian kes kawalan ini telah dijalankan ke atas 200 individu sihat berumur 45 tahun ke atas, terdiri daripada kumpulan kawalan sedentari (n=100) dan individu yang telah melakukan senaman Tai Chi lebih dari 2 tahun (n=100). Profil kardiovaskular ditentukan melalui kadar denyutan jantung, tekanan darah dan profil lipid. Peroksidasi lipid dan glikosilasi diukur melalui penentuan aras malondialdehid (MDA) dan 'advanced glycosylation end product' (AGE) masing-masing manakala kerosakan oksidatif DNA ditentukan melalui pengasaian komet. Status antioksidatif dikaji dengan mengukur aktiviti enzim antioksidan superoksid dismutase (SOD), katalase (CAT), glutation peroksidase (GPX) dan kepekatan vitamin antioksidan A, C dan E. Profil kardiovaskular menunjukkan kadar denyutan jantung, tekanan darah sistol dan diastol yang lebih rendah (p< 0.05) dalam kumpulan Tai Chi. Kepekatan HDL dan nisbah HDL/kolesterol lebih tinggi dalam kumpulan Tai Chi (p<0.05), manakala tiada perubahan yang signifikan pada aras kolesterol, trigliserida dan LDL. Tiada perbezaan pada aras MDA, aras AGE dan peratus kerosakan oksidatif DNA dalam kumpulan Tai Chi berbanding kawalan. Walau bagaimanapun, enzim antioksidan SOD dan CAT adalah lebih tinggi secara signifikan dalam kumpulan Tai Chi berbanding sedentari (p<0.05), manakala enzim GPX pula adalah lebih rendah (p<0.05). Kepekatan vitamin A adalah lebih rendah manakala vitamin C lebih tinggi dalam kumpulan Tai Chi (p<0.05). Tiada perbezaan ditunjukkan dalam kepekatan vitamin E. Kesimpulannya, senaman Tai Chi jangkamasa panjang memperbaiki profil kardiovaskular dengan meningkatkan HDL dan menurunkan kadar denyutan nadi dan mengurangkan tekanan oksidatif dengan merangsang penyesuaian enzim dan vitamin antioksidan dalam tubuh badan. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 102 |
| Call Number: | QU20.A991k 2010 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784441 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan senaman tai chi jangkamasa panjang ke atas profil kardiovaskular dan status oksidatif di kalangan dewasa tua.pdf | Partial | 11.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.