Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784217Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.author | Mohd Azizuddin Mohd Sani | - |
| dc.date.accessioned | 2026-07-22T01:37:49Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-22T01:37:49Z | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784217 | - |
| dc.description.abstract | Era pasca krisis ekonomi 1997 dan politik 1998 dilihat telah berperanan besar sebagai pencetus kesedaran mengenai hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia. Kini rakyat Malaysia menuntut hak sivil dan politik untuk lebih terbuka diamalkan. Ini satu perubahan tuntutan hak yang jelas berbeza di ketika pasca 13 Mei 1969 yang menuntut hak kesamarataan ekonomi dan pembangunan atau pasca Malayan Union 1946 yang berupa hak penentuan diri sendiri. Kesedaran baru ini yang ditambah dengan meningkatnya minat masyarakat antarabangsa mengenai isu hak asasi manusia terutamanya setelah tertubuhnya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah membawa kepada persoalan bahawa pendidikan hak asasi manusia diperlukan di Malaysia dan bagaimana untuk mengimplimentasikannya? Namun fokus utama kertas kerja ini adalah untuk melihat kedudukan sikap dan pengetahuan para pelajar IPTA terhadap hak asasi manusia. Ini penting kerana penentuan kepada sikap dan pengetahuan pelajar akan memberi kesan mengenai bagaimana cara dan bentuk pendidikan hak asasi manusia yang akan dijalankan di peringkat IPTA nanti. Selain itu, kita juga dapat mengenalpasti sama ada sikap mempengaruhi pengetahuan atau pun pengetahuan yang mempengaruhi sikap. Tinjauan awal yang diperolehi ialah sikap pelajar adalah positif. Mereka ingin mengetahui tentang hak asasi manusia dengan lebih meluas khususnya yang berkaitan tentang hak mereka di sisi undang-undang dan sebagai pelajar IPTA. Cuma pengetahuan mereka agak terbatas terhadap hak asasi manusia yang banyak berkisar kepada perkara-perkara keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, dan makan-minum. Oleh itu, kertas kerja ini juga akan memberikan cadangan input-input yang penting dan pendekatan bagi menjayakan pendidikan hak asasi manusia di peringkat IPTA. Input-input dan pendekatan tersebut tidak lari daripada mengusulkan pendidikan hak asasi manusia di IPTA yang bersesuaian dengan konteks kepelbagaian agama, budaya, dan kaum di Malaysia di samping berpegang bahawa hak asasi manusia itu sejagat sifatnya yang harus dipandu oleh agama dan moral. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.subject | Hak asasi manusia | en_US |
| dc.subject | Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) | en_US |
| dc.title | Pendidikan hak asasi manusia di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA): satu tinjauan ke atas sikap dan pengetahuan pelajar serta cadangan pemantapannya | en_US |
| dc.type | Seminar Papers | en_US |
| dc.format.pages | 1-24 | en_US |
| dc.identifier.callno | LC72.5.M3.P47 2002 sem | en_US |
| dc.contributor.conferencename | Persidangan Hak Asasi Manusia dan Pendidikan | - |
| dc.coverage.conferencelocation | Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur | - |
| dc.date.conferencedate | 2002-09-09 | - |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding | |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.