Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783901Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Nor Anita Megat Mohd Nordin, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Zaiton Zakaria, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Amilia Aminuddin | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-06-29T08:14:47Z | - |
| dc.date.available | 2026-06-29T08:14:47Z | - |
| dc.date.issued | 2011-06-03 | - |
| dc.identifier.other | P40875 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783901 | - |
| dc.description.abstract | Di Malaysia, prevalens penyakit hipertensi adalah tinggi. Hipertensi mempunyai hubungan yang rapat dengan fungsi endotelium dan tekanan oksidatif. Bagi wanita, risiko untuk mendapat hipertensi adalah lebih tinggi selepas umur 50 tahun. Antara langkah yang berguna dalam perawatan hipertensi adalah senaman aerobik. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan senaman aerobik terhadap parameter kardiovaskular, fungsi endotelium dan kerosakan DNA di kalangan wanita prahipertensi dan hipertensi yang belum mengambil ubat- ubatan. Seramai 13 orang wanita berumur 35 hingga 60 tahun terlibat dan menjalani pemeriksaan tekanan darah (BP) sewaktu rehat, pemantauan BP selama 24 jam (24-H ABPM), ujian darah untuk menentukan profil lipid dan glukos, ujian urin untuk menentukan paras 8 hidroksi-2'- deoksiguanosin (8-OHdG) sebagai petanda tekanan oksidatif serta ujian kecergasan aerobik, komposisi tubuh dan ultrabunyi dilatasi berasas aliran (FMD). Kumpulan bersenam (n=6) melakukan senaman treadmill sekerap tiga kali seminggu pada kadar 50 % kadar jantung simpanan (HRR) selama 30 minit setiap sesi selama empat minggu dan pada kadar 70 % HRR selama 45 minit pada empat minggu seterusnya. Kumpulan kawalan (n=7) diarah supaya terus seperti biasa. Selepas empat minggu, terdapat penurunan yang signifikan pada BP sistole sewaktu rehat pada kedua-dua kumpulan (P<0.05). Dari segi kadar jantung (HR) sewaktu rehat serta HR dan BP sistole sewaktu bersenam submaksimum, terdapat penurunan yang signifikan pada kumpulan bersenam (-4.00 bpm, -6.00 bpm, -17.00 mmHg, P<0.05) manakala kumpulan kawalan mengalami peningkatan (+3.00 bpm, +3.57 bpm, +4.29 mmHg, P>0.05). Selepas lapan minggu, terdapat penurunan yang signifikan pada BP sistole dan HR sewaktu bersenam maksimum pada kedua-dua kumpulan, yang mana kumpulan bersenam mencapainya pada intensiti senaman yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan (6.05 ± 1.37 METs lwn. 4.84 ± 0.65 METs). Selain itu, terdapat penurunan yang signifikan pada urin 8-OHdG pada kumpulan bersenam (sebelum intervensi 6.58 +2.26, selepas intervensi 4.33+0.79 ng/mg kreatinin, P=0.04). Kumpulan bersenam juga dapat mengekalkan tahap kecergasan aerobik dan mengalami peningkatan yang signifikan dari segi tempoh senaman (sebelum intervensi 13.29+0.96, selepas intervensi 14.67 +2.23 minit, P=0.01). Kajian ini mendapati senaman aerobik pada intensiti sedehana, sekerap tiga kali seminggu selama 30 hingga 45 minit setiap sesi menurunkan BP sistole dan HR semasa bersenam, mengurangkan tekanan oksidatif dan mengekalkan kecergasan aerobik wanita prahipertensi dan hipertensi yang tidak mengambil ubat-ubatan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Exercise | en_US |
| dc.subject | Physical Fitness -- psychology | en_US |
| dc.subject | Depression -- Therapy | en_US |
| dc.subject | Cardiovascular system -- Physiology | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kesan latihan senaman aerobik terhadap parameter kardiovaskular, fungsi endotelium dan kerosakan DNA di kalangan wanita prahipertensi dan hipertensi | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 143 | en_US |
| dc.identifier.callno | QT255 .A516k 2011 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00002046746 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan latihan senaman aerobik terhadap parameter kardiovaskular, fungsi endotelium dan kerosakan DNA di kalangan wanita prahipertensi dan hipertensi.pdf | Partial | 6.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.