Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782933
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAzmi Harun-
dc.date.accessioned2026-04-06T06:16:23Z-
dc.date.available2026-04-06T06:16:23Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782933-
dc.description.abstractPidato Umum atau Syarahan Perdana atau kadang-kadang disebut Syarahan Pengukuhan itu adalah pada konsepnya merupakan wadah rasmi melalui mana sesuatu gagasan beserta falsafah dan hal-hal pokok berkaitannya sedang diperkukuhkan; lazimnya ini dilakukan oleh sama ada seorang individu sarjana, seorang negarawan, ataupun sesebuah institusi. Dalam kata lain, melalui Syarahan Perdana, dilakukanlah pernyataan serta pengukuhan akan suatu 'school of thought' atau suatu gagasan besar, yang sekaligus menggambarkan kepercayaan dan pegangan pengusulnya terhadap sesuatu (yang secara akibatnya menentukan pula segala corak dan susunan pergerakannya, yang sewajarnyalah bersesuaian dengan -serta mengarah kepada -kepercayaan dan pegangan tersebut). Ringkasnya, Pidato Umum adalah merupakan suatu proses melalui mana 'establishment' ditegak dan diiktirafkan. Hal ini sesungguhnya telah dilakukan ke atas Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP); iaitu pada Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Kebangsaan Malaysia, apabila melalui majlis tersebut Dekannya telah secara rasmi menghebahkan gagasan pengurusannya yang diistilahkan sebagai konsep 'Pengurusan Gaya Kita' (Lihat Lampiran). Dengan penghebahan tersebut, kini (FPP) setelah 12 tahun pembentukannya bolehlah pada prinsipnya untuk dijustifikasikan sebagai benar-benar sebuah 'establishment'; tegasnya sebagai sebuah 'management school' yang terulung dan beridentiti di Malaysia. Bagaimanapun, sejauh manakah perisytiharan tersebut menyebar di kalangan masyarakat umum tidaklah dengan jelas dapat dipastikan. Apabila FPP melakukan penghebahan konsep atau gagasan 'Pengurusan Gaya Kita', diandaikan itu akan mendapat respons yang meluas dari masyarakat, terutama dari pihak media massa. Malangnya, andaian tersebut meleset sama sekali. Ini dengan jelasnya membenarkan andaian yang lain perihal betapa masyarakat Malaysia mempunyai sikap yang tidak begitu mengambil berat, yakni 'indifferent', terutamanya terhadap sesuatu idea atau gagasan yang boleh jadi besar dan fundamental itu bila ianya datang dari pemikiran tempatan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPidatoen_US
dc.subjectSyarahan Perdanaen_US
dc.titlePenilaian ringkas intipati konsep 'Pengurusan Gaya Kita'en_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages1-17en_US
dc.identifier.callnoHC447.S423 1997 semen_US
dc.contributor.conferencenameSeminar Ekonomi dan Manajemen Indonesia-Malaysia-
dc.coverage.conferencelocationBanda Aceh, Indonesia-
dc.date.conferencedate1993-06-05-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.