Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782686| Title: | Penilaian Hadd al-Kifayah berasaskan Maqasid al-Shari'ah |
| Authors: | Abdul Muzil Abd Rahim (P128671) |
| Supervisor: | Anwar Fakhri Omar Muhammad Nazir Alias, Dr. |
| Keywords: | Zakat Islam -- Economic aspects Zakat -- Economic aspects Zakat -- Social aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 3-Jun-2025 |
| Abstract: | Kemiskinan merupakan fenomena universal yang memerlukan penyelesaian holistik merangkumi aspek material dan spiritual. Di Malaysia, pendekatan pengukuran kemiskinan telah mempertimbangkan aspek multidimensi serta dibangunkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) sebagai instrumen penilaian kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks Islam, ḥadd al-kifāyah yang berfungsi sebagai garis pemisah antara pembayar dan penerima zakat turut mengalami evolusi dengan penambahan item keperluan baharu selain keperluan asas yang ditetapkan oleh JAWHAR. Walau bagaimanapun, ketidakseragaman kaedah pengiraan dan penetapan item keperluan antara negeri, serta perbezaan kos hidup yang signifikan telah menimbulkan persoalan tentang keberkesanan ḥadd al-kifāyah untuk mencapai objektif pembasmian kemiskinan menurut syarak. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti tiga aspek utama iaitu penilaian ḥadd al-kifāyah melalui kaca mata maqāṣid al-sharīʿah, analisis peranan IKRM dalam penetapan konsep kemiskinan Islam, serta cadangan penambahbaikan ḥadd al-kifāyah kontemporari. Menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes, kajian ini mengintegrasikan analisis kandungan berfokuskan tema kemiskinan, kesejahteraan hidup dan ḥadd al-kifāyah, temu bual mendalam bersama empat orang pakar daripada pegawai pelaksana dan ahli akademik bagi memperoleh data yang komprehensif serta triangulasi data bagi meningkatkan ketepatan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan ḥadd al-kifāyah semasa kurang menitikberatkan aspek spiritual dan moral, yang menjadi teras maqāṣid al-sharīʿah. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa komponen kesejahteraan dalam IKRM seperti komunikasi dan penglibatan sosial adalah relevan untuk diintegrasikan ke dalam kerangka ḥadd al-kifāyah. Cadangan kajian ini termasuk penambahan elemen seperti peruntukan pendidikan agama, pemeriksaan kesihatan berkala, dan program pembangunan modal insan sebagai elemen ḥadd al-kifāyah bagi memenuhi keperluan masyarakat moden. Sumbangan utama kajian ini ialah penambah baik kerangka ḥadd al-kifāyah supaya lebih inklusif dan holistik, memperkukuh peranan zakat dalam usaha pembasmian kemiskinan, serta meningkatkan keadilan dalam agihan sumber ekonomi. Implikasi kajian ini turut membantu institusi zakat memperbaiki dasar dan strategi pengagihan, seterusnya merealisasikan matlamat kesejahteraan menyeluruh yang selaras dengan maqāṣid al-sharīʿah. |
| Pages: | 165 |
| Call Number: | BP180.A2367 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782686 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penilaian Hadd Al Kifayah berasaskan Maqasid Al Shariah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.