Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782686
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnwar Fakhri Omaren_US
dc.contributor.advisorMuhammad Nazir Alias, Dr.en_US
dc.contributor.authorAbdul Muzil Abd Rahim (P128671)en_US
dc.date.accessioned2026-03-03T03:29:07Z-
dc.date.available2026-03-03T03:29:07Z-
dc.date.issued2025-06-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782686-
dc.description.abstractKemiskinan merupakan fenomena universal yang memerlukan penyelesaian holistik merangkumi aspek material dan spiritual. Di Malaysia, pendekatan pengukuran kemiskinan telah mempertimbangkan aspek multidimensi serta dibangunkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) sebagai instrumen penilaian kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks Islam, ḥadd al-kifāyah yang berfungsi sebagai garis pemisah antara pembayar dan penerima zakat turut mengalami evolusi dengan penambahan item keperluan baharu selain keperluan asas yang ditetapkan oleh JAWHAR. Walau bagaimanapun, ketidakseragaman kaedah pengiraan dan penetapan item keperluan antara negeri, serta perbezaan kos hidup yang signifikan telah menimbulkan persoalan tentang keberkesanan ḥadd al-kifāyah untuk mencapai objektif pembasmian kemiskinan menurut syarak. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti tiga aspek utama iaitu penilaian ḥadd al-kifāyah melalui kaca mata maqāṣid al-sharīʿah, analisis peranan IKRM dalam penetapan konsep kemiskinan Islam, serta cadangan penambahbaikan ḥadd al-kifāyah kontemporari. Menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes, kajian ini mengintegrasikan analisis kandungan berfokuskan tema kemiskinan, kesejahteraan hidup dan ḥadd al-kifāyah, temu bual mendalam bersama empat orang pakar daripada pegawai pelaksana dan ahli akademik bagi memperoleh data yang komprehensif serta triangulasi data bagi meningkatkan ketepatan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan ḥadd al-kifāyah semasa kurang menitikberatkan aspek spiritual dan moral, yang menjadi teras maqāṣid al-sharīʿah. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa komponen kesejahteraan dalam IKRM seperti komunikasi dan penglibatan sosial adalah relevan untuk diintegrasikan ke dalam kerangka ḥadd al-kifāyah. Cadangan kajian ini termasuk penambahan elemen seperti peruntukan pendidikan agama, pemeriksaan kesihatan berkala, dan program pembangunan modal insan sebagai elemen ḥadd al-kifāyah bagi memenuhi keperluan masyarakat moden. Sumbangan utama kajian ini ialah penambah baik kerangka ḥadd al-kifāyah supaya lebih inklusif dan holistik, memperkukuh peranan zakat dalam usaha pembasmian kemiskinan, serta meningkatkan keadilan dalam agihan sumber ekonomi. Implikasi kajian ini turut membantu institusi zakat memperbaiki dasar dan strategi pengagihan, seterusnya merealisasikan matlamat kesejahteraan menyeluruh yang selaras dengan maqāṣid al-sharīʿah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectZakaten_US
dc.subjectIslam -- Economic aspectsen_US
dc.subjectZakat -- Economic aspectsen_US
dc.subjectZakat -- Social aspectsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian Hadd al-Kifayah berasaskan Maqasid al-Shari'ahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages165en_US
dc.identifier.callnoBP180.A2367 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007791en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Syariah)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian Hadd Al Kifayah berasaskan Maqasid Al Shariah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.68 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.