Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782603| Title: | Isolat stafilokokus negatif koagulase (CoNS) dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Epidemiologi molekular dan implikasi klinik |
| Authors: | Nurul Azirah Mohamad Sani (P53441) |
| Supervisor: | Salasawati Hussin, Prof. Madya Dr. Neoh Hui Min, Dr. Shamsul Azhar, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Microbiology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 3-Aug-2015 |
| Abstract: | Stafilokokus negatif koagulase (CoNS) merupakan patogen penting dalam kes jangkitan nosokomial akibat peningkatan penggunaan kateter, alatan prostetik dan bilangan pesakit yang terimunokompromi.Walaupun kepentingan perubatan CoNS kian meningkat, laporan tentang epidemiologi molekular CoNS di Malaysia setakat ini masih belum didapati. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji epidemiologi molekular CoNS di PPUKM serta implikasi klinikalnya kepada pesakit. Pada 2009, sebanyak 1156 kes jangkitan CoNS telah dilaporkan di hospital ini. Reaksi berantai polymerase multiplek spesifik spesies menunjukkan bahawa Staphylococcus epidermidis paling kerap ditemui (75.2%), diikuti S. haemolyticus (7.75%), S. saprophyticus (1.5%) dan S. lugdunensis (1.4%). Semua isolat CoNS di PPUKM masih rentan terhadap vancomycin dan sebanyak 57.8%, 58% dan 81.5% rintang terhadap erythromycin, oxacillin/cefoxitin dan penicillin. Pentaipan stafilokokal kaset kromosom mec (SCCmec) menunjukkan bahawa prevalen CoNS yang rintang methicillin (MRCoNS) di PPUKM adalah 58%. Daripada 670 MRCoNS, hanya 21.5% dapat dikelaskan SCCmecnya di mana SCCmec jenis IV paling kerap dijumpai (8.66%). Sejumlah 45.2% MRCoNS tidak dapat dikenalpasti jenis SCCmecnya manakala 33.3% mempunyai 31 corak elemen SCCmec yang baru. Terdapat perkaitan yang signifikan antara jenis spesies CoNS dengan corak antibiogram dan jenis SCCmec (p<0.05). Pengesanan gen icaADBC dan gen IS256 menunjukkan hanya 6.1% isolat kajian memiliki kesemua icaADBC, manakala 84.7% memiliki gen IS256. Perkaitan yang signifikan dapat dilihat antara jenis spesies dengan kehadiran gen ica, corak antibiogram dengan kehadiran gen IS256 (p<0.05). Analisa ujian agar Congo merah (CRA) dan “multi-plate adherence (MPA)” menunjukkan bahawa 67% isolat CoNS di PPUKM bukan penghasil biofilem. Perbandingan hasil kajian pengesanan gen ica dan IS256 dengan ujian CRA dan MPA menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara ciri genotip dan fenotip dalam penghasilan biofilem (p=0.03). Ciri klinikal seperti demam, bilangan sel darah putih dan kultur negatif berkait secara signifikan dengan hasil klinikal pesakit CoNS (p=0.01), di mana analisa lanjut menunjukkan faktor pesakit, persekitaran dan bakteria mempengaruhi hasil klinikal pesakit (p<0.05). Kajian selektif ke atas 87 isolat CoNS dari unit rawatan rapi neonatal (NICU) dengan penambahan kaedah iaitu pengesanan gen toksin (cna, seh, PVL, TSST-1) dan elektroforesis gel medan denyut (PFGE) turut dilakukan. Hanya 34.5% memiliki gen toksin dan 29.9% daripadanya memiliki gen cna. Dendogram PFGE membuktikan penyebaran strain CoNS di NICU adalah bervariasi, namun terdapat perkaitan yang signifikan antara pulsotaip A, B dan H dengan jenis spesies (p=0.04), corak kerentanan antibiotik (p=0.03) dan kehadiran gen ica (p=0.03). Ini merupakan kajian pertama tentang epidemiologi molekular CoNS di Malaysia.CoNS yang dipencil dari PPUKM mempunyai tahap kepelbagaian molekular yang tinggi, dan ciri-ciri ini didapati berkait dengan hasil klinikal pesakit. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Doktor Falsafah" |
| Pages: | 155 |
| Call Number: | QW20.5.N974i 2015 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782603 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Isolat stafilokokus negatif koagulase (CoNS) dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Epidemiologi molekular dan implikasi klinik.pdf Restricted Access | Partial | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.