Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782603
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalasawati Hussin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNeoh Hui Min, Dr.en_US
dc.contributor.advisorShamsul Azhar, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Azirah Mohamad Sani (P53441)en_US
dc.date.accessioned2026-02-26T08:12:27Z-
dc.date.available2026-02-26T08:12:27Z-
dc.date.issued2015-08-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782603-
dc.description.abstractStafilokokus negatif koagulase (CoNS) merupakan patogen penting dalam kes jangkitan nosokomial akibat peningkatan penggunaan kateter, alatan prostetik dan bilangan pesakit yang terimunokompromi.Walaupun kepentingan perubatan CoNS kian meningkat, laporan tentang epidemiologi molekular CoNS di Malaysia setakat ini masih belum didapati. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji epidemiologi molekular CoNS di PPUKM serta implikasi klinikalnya kepada pesakit. Pada 2009, sebanyak 1156 kes jangkitan CoNS telah dilaporkan di hospital ini. Reaksi berantai polymerase multiplek spesifik spesies menunjukkan bahawa Staphylococcus epidermidis paling kerap ditemui (75.2%), diikuti S. haemolyticus (7.75%), S. saprophyticus (1.5%) dan S. lugdunensis (1.4%). Semua isolat CoNS di PPUKM masih rentan terhadap vancomycin dan sebanyak 57.8%, 58% dan 81.5% rintang terhadap erythromycin, oxacillin/cefoxitin dan penicillin. Pentaipan stafilokokal kaset kromosom mec (SCCmec) menunjukkan bahawa prevalen CoNS yang rintang methicillin (MRCoNS) di PPUKM adalah 58%. Daripada 670 MRCoNS, hanya 21.5% dapat dikelaskan SCCmecnya di mana SCCmec jenis IV paling kerap dijumpai (8.66%). Sejumlah 45.2% MRCoNS tidak dapat dikenalpasti jenis SCCmecnya manakala 33.3% mempunyai 31 corak elemen SCCmec yang baru. Terdapat perkaitan yang signifikan antara jenis spesies CoNS dengan corak antibiogram dan jenis SCCmec (p<0.05). Pengesanan gen icaADBC dan gen IS256 menunjukkan hanya 6.1% isolat kajian memiliki kesemua icaADBC, manakala 84.7% memiliki gen IS256. Perkaitan yang signifikan dapat dilihat antara jenis spesies dengan kehadiran gen ica, corak antibiogram dengan kehadiran gen IS256 (p<0.05). Analisa ujian agar Congo merah (CRA) dan “multi-plate adherence (MPA)” menunjukkan bahawa 67% isolat CoNS di PPUKM bukan penghasil biofilem. Perbandingan hasil kajian pengesanan gen ica dan IS256 dengan ujian CRA dan MPA menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara ciri genotip dan fenotip dalam penghasilan biofilem (p=0.03). Ciri klinikal seperti demam, bilangan sel darah putih dan kultur negatif berkait secara signifikan dengan hasil klinikal pesakit CoNS (p=0.01), di mana analisa lanjut menunjukkan faktor pesakit, persekitaran dan bakteria mempengaruhi hasil klinikal pesakit (p<0.05). Kajian selektif ke atas 87 isolat CoNS dari unit rawatan rapi neonatal (NICU) dengan penambahan kaedah iaitu pengesanan gen toksin (cna, seh, PVL, TSST-1) dan elektroforesis gel medan denyut (PFGE) turut dilakukan. Hanya 34.5% memiliki gen toksin dan 29.9% daripadanya memiliki gen cna. Dendogram PFGE membuktikan penyebaran strain CoNS di NICU adalah bervariasi, namun terdapat perkaitan yang signifikan antara pulsotaip A, B dan H dengan jenis spesies (p=0.04), corak kerentanan antibiotik (p=0.03) dan kehadiran gen ica (p=0.03). Ini merupakan kajian pertama tentang epidemiologi molekular CoNS di Malaysia.CoNS yang dipencil dari PPUKM mempunyai tahap kepelbagaian molekular yang tinggi, dan ciri-ciri ini didapati berkait dengan hasil klinikal pesakit.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMicrobiologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleIsolat stafilokokus negatif koagulase (CoNS) dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Epidemiologi molekular dan implikasi kliniken_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages155en_US
dc.identifier.callnoQW20.5.N974i 2015 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002154856en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.