Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781368| Title: | Keperluan pemantauan dan pengawasan produk hibah di Malaysia |
| Authors: | Siti Wahidah Zakaria (P77174) |
| Supervisor: | Md. Yazid Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Gifts (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 22-Jun-2020 |
| Abstract: | Dewasa ini, wujudnya pelbagai agensi yang menawarkan produk perancangan harta orang Islam termasuklah produk hibah di pasaran. Kemunculan kepelbagaian produk hibah yang telah ditawarkan oleh institusi-institusi tersebut memerlukan kepada pemantauan dan pengawasan agar pelaksanaannya menepati piawaian hukum syarak. Namun, ketiadaan garis panduan khusus terhadap pelaksanaan hibah telah memberi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat berhubung produk hibah tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep pemantauan dan pengawasan serta konsep hibah menurut Islam, mengkaji bentuk pemantauan dan pengawasan terhadap pelaksanaan produk hibah yang ditawarkan oleh institusi-institusi perancangan harta Islam dan membina garis panduan pemantauan dan pengawasan terhadap pelaksanaan produk hibah agar bertepatan dengan hukum syarak. Kajian kualitatif ini berdasarkan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual tidak struktur dalam proses pengumpulan data. Data yang diperolehi, dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya kepelbagaian bentuk perkhidmatan produk hibah yang ditawarkan adalah suatu yang baik, namun memerlukan pemantauan dan pengawasan dari sudut pelaksanaan syariahnya. Kajian juga telah menghasilkan satu garis panduan umum berkaitan dengan pemantauan dan pengawasan dalam pelaksanaan produk hibah berdasarkan prinsip syarak. Selain itu, kajian ini juga memberikan implikasi penting ke atas institusi-institusi perancangan harta Islam di Malaysia dalam usaha memastikan penambahbaikan untuk mengeluarkan produk yang lebih berinovatif dan bertepatan dengan syariah. Walaupun masih belum ada satu undang-undang khusus berkaitan hibah digazetkan tetapi usaha ini boleh dijadikan panduan atau rujukan pada masa akan datang. |
| Pages: | 161 |
| Call Number: | BP158.G5S584 2020 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781368 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keperluan pemantauan dan pengawasan produk hibah di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.