Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781368
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd. Yazid Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Wahidah Zakaria (P77174)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T04:35:32Z-
dc.date.available2025-11-20T04:35:32Z-
dc.date.issued2020-06-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781368-
dc.description.abstractDewasa ini, wujudnya pelbagai agensi yang menawarkan produk perancangan harta orang Islam termasuklah produk hibah di pasaran. Kemunculan kepelbagaian produk hibah yang telah ditawarkan oleh institusi-institusi tersebut memerlukan kepada pemantauan dan pengawasan agar pelaksanaannya menepati piawaian hukum syarak. Namun, ketiadaan garis panduan khusus terhadap pelaksanaan hibah telah memberi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat berhubung produk hibah tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep pemantauan dan pengawasan serta konsep hibah menurut Islam, mengkaji bentuk pemantauan dan pengawasan terhadap pelaksanaan produk hibah yang ditawarkan oleh institusi-institusi perancangan harta Islam dan membina garis panduan pemantauan dan pengawasan terhadap pelaksanaan produk hibah agar bertepatan dengan hukum syarak. Kajian kualitatif ini berdasarkan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual tidak struktur dalam proses pengumpulan data. Data yang diperolehi, dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya kepelbagaian bentuk perkhidmatan produk hibah yang ditawarkan adalah suatu yang baik, namun memerlukan pemantauan dan pengawasan dari sudut pelaksanaan syariahnya. Kajian juga telah menghasilkan satu garis panduan umum berkaitan dengan pemantauan dan pengawasan dalam pelaksanaan produk hibah berdasarkan prinsip syarak. Selain itu, kajian ini juga memberikan implikasi penting ke atas institusi-institusi perancangan harta Islam di Malaysia dalam usaha memastikan penambahbaikan untuk mengeluarkan produk yang lebih berinovatif dan bertepatan dengan syariah. Walaupun masih belum ada satu undang-undang khusus berkaitan hibah digazetkan tetapi usaha ini boleh dijadikan panduan atau rujukan pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectGifts (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeperluan pemantauan dan pengawasan produk hibah di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages161en_US
dc.identifier.callnoBP158.G5S584 2020 tesisen_US
dc.identifier.barcode007691en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keperluan pemantauan dan pengawasan produk hibah di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.73 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.