Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781334
Title: Matlamat penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan dan perusahaan di dalam Dasar Ekonomi Baru: satu tafsiran semula
Authors: Kamarul Ariffin
Conference Name: Masalah dan prospek ekonomi Bumiputera
Keywords: Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Penyertaan ekonomi Bumiputera
Pemantauan dan penetapan sasaran ekonomi
Conference Date: 1978-03-19
Conference Location: Bangi, Malaysia
Abstract: Dasar Ekonomi Baru sudah sebati dengan nadi hidup hari-harian rakyat Malaysia. Ianya akan terus wujud untuk beberapa waktu lagi kurangnya dua dekad lagi. Sebagai dasar ia tidak lagi menjadi buah mulut untuk dipersoalkan. Penerimaannya oleh rakyat atau yang bukan rakyat hampir genap. Apa yang kadangkala disangsikan ialah perlaksanaan dasar itu dan pencapaian matlamat dasar itu. Dari masa ke semasa, tinjauan perlulah dibuat untuk mengesan perjalanan Dasar Ekonomi Baru supaya bukan sahaja perlaksanaannya dapat dilihat dengan nyata tetapi ianya dilaksanakan mengikut garis-garis yang telah dipersetujui. Maksud saya menafsir semula masalah ini ialah: (a) Membawa perhatian bahawa berhubung dengan penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan dan perusahaan, terdapat perbezaan besar dari segi tafsiran terhadap matlamat di antara Rancangan Malaysia Kedua (termasuk kajian semula Rancangan Malaysia Kedua) dan Rancangan Malaysia Ketiga. (b) Menggesa pihak yang berkuasa memberikan perhatian dan tumpuan yang lebih berkesan terhadap persoalan bagaimana kadar simpanan (tabungan) di kalangan Bumiputera dapat dipertinggikan; kerana inilah aspek yang paling penting bagi menentukan kejayaan untuk menambah penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan dan perusahaan dan juga Dasar Ekonomi Baru keseluruhannya. Menyuarakan kepada mereka yang berkenaan bahawa di dalam usaha menambah bilangan pengusaha-pengusaha Bumiputera, sasaran yang tertentu bagi setiap jenis dan peringkat kegiatan perniagaan dan per- usahaan hendaklah ditetapkan.
Pages: 75-96
Call Number: HC445.5.K64 1978 n.1 katsem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781334
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.