Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781289
Title: Tahap pengetahuan dan penerimaan penduduk terhadap pelancongan sukan di Pulau Langkawi
Authors: Jabil Mapjabil
Aminuddin Yusuf
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Pelancongan sukan
Le Tour de Langkawi
Pengetahuan dan penerimaan penduduk
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Penganjuran Le Tour de Langkawi pada tahun 1995 adalah menjadi titik tolak kepada perkembangan pelancongan sukan di Pulau Langkawi. Selepas lebih sedekat, pelbagai sukan bertaraf dunia dianjurkan seperti Royal Langkawi International Regatta, Langkawi International Regatta Perdana, Langkawi Ironman Triathlon, Wilderness Langkawi Challenge, Eco-games Championship Race dan Pelangi Cup International Golf Open Chanpionship. Artikel ini meneliti tentang sejauhmana tahap pengetahuan dan penerimaan responden. Hasil kajian menunjukkan 54.4% responden mengetahui maksud pelancongan berkenaan. Kumpulan umur 21-30 tahun mencatatkan min terendah iaitu 1.49 yang sukan, 34.8% pernah mendengarnya dan 10.8% tidak tahu tentang sub perlancongan menunjukkan tahap pengetahuan mereka adalah lebih baik berbanding kelompok umur yang lain. Tahap penerimaan penduduk terhadappelancongan sukan turut diteliti daripad aaspek gender dan pendidikan responden. Daripada 10 acara sukan yang dianjurkan di Pulau Langkawi, Le Tour de Langkawi (SP 0.498) dan Langkawi Ironman Triathon (SP 0.496) adalah acara sukan yang secara relatifnya paling mendapat perhatian penduduk berbanding dengan acara lain seperti Wilderness Langkawi Challenge (SP 0.270) dan Malaysia Nash Hush Run (SP 0.182). Memandangkan Pulau Langkawi menerima peningkatan ketibaan pelancong yang ketara semasa penganjuran sukan dan mendapat liputan meluas media massa antarabangsa maka pelbagai usaha meningkatkan tahap pengetahuan dan penerimaan penduduk wajar diberikan perhatian oleh kerajaan tempatan.
Pages: 141-142
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781289
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.