Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781249| Title: | Menilai sitokompatibiliti hidrogel kolagen jenis-1 berasaskan tendon kambing biri-biri (OTC-1) dengan sel epitelium kornea (CECS) untuk aplikasi penyembuhan luka kornea |
| Authors: | Nur Amalia Ra'oh (P110738) |
| Supervisor: | Wan Haslina Wan Abdul Halim, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busyra, Prof. Madya Dr. Muhamad Ramdzan Buyong, Dr. Rohaina Che Man Norzana Abd Ghafar, Prof. Dr. Angela Ng Min Hwei, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Biocompatible Materials Hydrogels -- therapeutic use Corneal Diseases -- therapy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Sep-2025 |
| Abstract: | Kekurangan kornea penderma menyebabkan limitasi rawatan kebutaan kornea. Penghasilan biobahan yang bersifat bioserasi seperti hidrogel kolagen jenis-1 berasaskan tendon dari kambing biri-biri (OTC-1) boleh menjadi alternatif kepada tisu kornea. Kajian ini bertujuan untuk menilai biokeserasian hidrogel OTC-1 sebagai biomatriks kornea. Hidrogel OTC-1 telah difabrikasi kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan konvensional dan kumpulan yang dijajarkan kolagen fibril menggunakan penggoyang. Setiap kumpulan biomatriks ini dipaut silang dengan pemaut silang yang sama iaitu genipin (konvensional genipin (CG) dan penggoyang genipin (RG)), kuersetin (konvensional kuersetin (CQ) dan penggoyang kuersetin (RQ)), genipinkuersetin (konvensional genipin-kuersetin (CD) dan penggoyang genipin-kuersetin (RD)), 1-ethyl-3-(3-dimethylaminopropyl) carbodiimide (EDC) (konvensional EDC (CE) dan penggoyang EDC (RE)) dan tanpa pemaut silang (konvensional tanpa pemaut silang (CNC) serta penggoyang tanpa pemaut silang (RNC)). Ujian fizikokimia telah dijalankan dan menunjukkan tiada perbezaan yang siginifikan di antara dua kumpulan utama biomatriks. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan fizikokimia yang signifikan di antara pemaut silang yang berbeza bagi setiap kumpulan utama. Keserasian kultur CECs telah dinilai melalui analisa pelekatan sel, kebolehhidupan dan proliferasi, morfologi, pewarnaan histologi dan imunofluoresen secara in vitro. Kumpulan GNP dan GNP-QCN didapati mempunyai pelekatan sel (87.64±1.27% and 90.42±2.81%, p<0.05) (N=6) yang lebih tinggi berbanding kumpulan hidrogel OTC-1 yang lain. Selain itu, terdapat peningkatan peratusan pertumbuhan dan kebolehhidupan CECs pada kumpulan GNP dan GNP-QCN berbanding kumpulan lain pada hari 1, 3, 7 dan 14 (p<0.05) (N=6). Namun tiada perbezaan yang signifikan di antara GNP dan GNP-QCN (p>0.05) (N=6). Kumpulan NC, QCN dan EDC menunjukkan penurunan proliferasi dan kebolehhidupan CECs yang signifikan pada sela masa yang meningkat (p<0.05) (N=6). CECs yang telah dikultur ke atas semua jenis kumpulan hidrogel OTC- 1 mengekalkan morfologi yang sama dan mengekspreskan penanda spesifik CECs (CK3/2P). Ini juga disokong oleh keputusan penilaian SEM dan pewarnaan histologi (H&E). Kesimpulannya, kumpulan GNP dan GNP-QCN menunjukkan kebioserasian yang lebih baik terhadap CECs berbanding kumpulan hidrogel OTC-1 lain. |
| Pages: | 281 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781249 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Menilai sitokompatibiliti hidrogel kolagen jenis-1 berasaskan tendon kambing biri-biri (OTC-1) dengan sel epitelium kornea (CECS) untuk aplikasi penyembuhan luka kornea.pdf Restricted Access | Full-text | 29.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.