Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781249
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Haslina Wan Abdul Halim, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Fauzi Mh Busyra, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhamad Ramdzan Buyong, Dr.en_US
dc.contributor.advisorRohaina Che Manen_US
dc.contributor.advisorNorzana Abd Ghafar, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorAngela Ng Min Hwei, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Amalia Ra'oh (P110738)en_US
dc.date.accessioned2025-11-12T00:40:44Z-
dc.date.available2025-11-12T00:40:44Z-
dc.date.issued2025-09-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781249-
dc.description.abstractKekurangan kornea penderma menyebabkan limitasi rawatan kebutaan kornea. Penghasilan biobahan yang bersifat bioserasi seperti hidrogel kolagen jenis-1 berasaskan tendon dari kambing biri-biri (OTC-1) boleh menjadi alternatif kepada tisu kornea. Kajian ini bertujuan untuk menilai biokeserasian hidrogel OTC-1 sebagai biomatriks kornea. Hidrogel OTC-1 telah difabrikasi kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan konvensional dan kumpulan yang dijajarkan kolagen fibril menggunakan penggoyang. Setiap kumpulan biomatriks ini dipaut silang dengan pemaut silang yang sama iaitu genipin (konvensional genipin (CG) dan penggoyang genipin (RG)), kuersetin (konvensional kuersetin (CQ) dan penggoyang kuersetin (RQ)), genipinkuersetin (konvensional genipin-kuersetin (CD) dan penggoyang genipin-kuersetin (RD)), 1-ethyl-3-(3-dimethylaminopropyl) carbodiimide (EDC) (konvensional EDC (CE) dan penggoyang EDC (RE)) dan tanpa pemaut silang (konvensional tanpa pemaut silang (CNC) serta penggoyang tanpa pemaut silang (RNC)). Ujian fizikokimia telah dijalankan dan menunjukkan tiada perbezaan yang siginifikan di antara dua kumpulan utama biomatriks. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan fizikokimia yang signifikan di antara pemaut silang yang berbeza bagi setiap kumpulan utama. Keserasian kultur CECs telah dinilai melalui analisa pelekatan sel, kebolehhidupan dan proliferasi, morfologi, pewarnaan histologi dan imunofluoresen secara in vitro. Kumpulan GNP dan GNP-QCN didapati mempunyai pelekatan sel (87.64±1.27% and 90.42±2.81%, p<0.05) (N=6) yang lebih tinggi berbanding kumpulan hidrogel OTC-1 yang lain. Selain itu, terdapat peningkatan peratusan pertumbuhan dan kebolehhidupan CECs pada kumpulan GNP dan GNP-QCN berbanding kumpulan lain pada hari 1, 3, 7 dan 14 (p<0.05) (N=6). Namun tiada perbezaan yang signifikan di antara GNP dan GNP-QCN (p>0.05) (N=6). Kumpulan NC, QCN dan EDC menunjukkan penurunan proliferasi dan kebolehhidupan CECs yang signifikan pada sela masa yang meningkat (p<0.05) (N=6). CECs yang telah dikultur ke atas semua jenis kumpulan hidrogel OTC- 1 mengekalkan morfologi yang sama dan mengekspreskan penanda spesifik CECs (CK3/2P). Ini juga disokong oleh keputusan penilaian SEM dan pewarnaan histologi (H&E). Kesimpulannya, kumpulan GNP dan GNP-QCN menunjukkan kebioserasian yang lebih baik terhadap CECs berbanding kumpulan hidrogel OTC-1 lain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBiocompatible Materialsen_US
dc.subjectHydrogels -- therapeutic useen_US
dc.subjectCorneal Diseases -- therapyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMenilai sitokompatibiliti hidrogel kolagen jenis-1 berasaskan tendon kambing biri-biri (OTC-1) dengan sel epitelium kornea (CECS) untuk aplikasi penyembuhan luka korneaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages281en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.