Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781217
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZawiyah Mohd Zain-
dc.date.accessioned2025-11-05T08:32:32Z-
dc.date.available2025-11-05T08:32:32Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781217-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan membincangkan penggunaan media alternatif iaitu Internet di dalam aktiviti politik di Malaysia. Oleh itu kajian akan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penggunaan Internet sebagai medium untuk aktiviti politik, penerimaan masyarakat dan kesannya ke atas keputusan pilihan raya. Analisis kajian bermula pada tahun 1998 sehingga tahun 2008 yang melibatkan tiga pilihan raya umum iaitu pilihan raya umum 1999, pilihan raya umum 2004 dan juga pilihan raya umum 2008. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah berbentuk kualitatif iaitu akan menganalisis bahan- bahan literatur berkaitan penggunaan Internet sama ada di dalam atau luar negara. Hasil kajian mendapati penggunaan Internet untuk aktiviti politik di Malaysia bermula pada tahun 1998 selepas pemecatan Anwar daripada kabinet dan juga UMNO. digunakan sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas apa sebenarnya berlaku di dalam kes Anwar kerana masyarakat tidak memperolehnya melalui media massa perdana. Kekerapan media alternatif menyiarkan maklumat-maklumat berkaitan pemecatan Anwar, gerakan reformasi dan tuntutan supaya kerajaan lebih telus dalam pemerintahan telah menyebabkan media alternatif mendapat sambutan daripada masyarakat terutama masyarakat bandar dan juga kelas menengah. Akhir sekali kertas kerja ini akan mengetengahkan kesan penggunaan Internet terhadap keputusan pilihan raya umum pada tahun 1999, 2004 dan juga 2008 dengan membincangkan dengan mendalam keputusan pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan buat pertama kali gabungan parti pembangkang berjaya memerintah lima di negeri di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectMedia alternatifen_US
dc.subjectReformasi politiken_US
dc.subjectInternet dan politiken_US
dc.titleE-politik dalam pilihan raya umum di Malaysiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages131-132en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.