Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781190
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHabibah Ahmad-
dc.contributor.authorHamzah Jusoh-
dc.contributor.authorMushrifah Idris-
dc.contributor.authorAri Kurnia-
dc.date.accessioned2025-11-05T04:03:16Z-
dc.date.available2025-11-05T04:03:16Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781190-
dc.description.abstractKertas kerja ini membincangkan model pembangunan komuniti terpinggir di kawasan Rizab Biosfera, dengan membandingkan model yang telah dikembangkan oleh enam Rizab Biosfera di Indonesia yang sudah kukuh dan diiktiraf oleh MAB UNESCO, dengan pembangunan model komuniti yang ingin dibangdilakukan di Tasik Chini, yang akan diiktiraf menjadi Rizab Biosfera pertama di Malaysia. Sebagai Rizab Biosfera yang pertama, pembangunan komuniti terpinggir yang efektif dan mampan untuk Tasik Chini dengan keunikan komunitinya harus mendapatkan banyak perbandingan dengan pembangunan komuniti terpinggir di negara lain yang sudah kukuh, terutamanya Indonesia sebagai negara yang memiliki kesamaan rumpun dalam kesatuan nusantara dan ciri-ciri alam tropikal yang sama. Di Indonesia, penglibatan komuniti terpinggir di kawasan Rizab Biosfera kebanyakannya diimplementasikan dengan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti ekopelancongan selain bersama-sama membangun kapasiti sosial mereka. Komuniti terpinggir di Malaysia dan Indonesia memiliki persamaan dalam menempatkan alam sekitar sebagai 'ibu' ekonomi dan kebergantungan kepada alam sekitar sangatlah tinggi. Ertinya, perubahan terhadap alam sekitar akan memberikan impak langsung kepada hidup mereka. Di Indonesia, komuniti terpingirnya masih menjalani hidup mereka secara tradisional. Sedangkan di kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini, komuniti orang aslinya kebanyakan masih menjalani hidup secara tradisional, tetapi komuniti feldanya telah menjalani hidup secara moden dengan sumber ekonomi sebahagian besarnya ada daripada pengolahan perladangan kelapa sawit. Keunikan ini tentunya memerlukan model pembangunan komuniti yang berbeza daripada pembangunan komuniti di Indonesia yang mana keunikan komuniti di Rizab Biosfera Malaysia boleh menyebabkan terjadinya konflik kepentingan antara komuniti. Hal ini memerlukan model pembangunan komuniti yang boleh mencipta sinergi antara komuniti, antara komuniti dengan alam sekitar sehingga tercapai kelestarian pembangunan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPembangunan komuniti terpinggiren_US
dc.subjectRizab Biosferaen_US
dc.subjectKelestarian pembangunanen_US
dc.subjectEkopelanconganen_US
dc.titlePembangunan komuniti terpinggir: perbandingan rizab biosfera Malaysia dan Indonesiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages121-122en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.