Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781172
Title: Fertiliti dan status sosio-ekonomi wanita luar bandar di Sabah: satu kajian perbandingan
Authors: Ubong Imang
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Fertiliti
Status sosio-ekonomi
Wanita luar bandar
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Kertas kerja ini menilai hubungan antara fertiliti dan status sosio-ekonomi wanita di kawasan luar bandar Sabah. Kajian yang dilakukan mengambil pendekatan kaedah perbandingan. Empat buah kampung dipilih sebagai kawasan kajian. Kampung-kampung yang dipilih adalah dari daerah yang berbeza dan kegiatan pertanian yang diceburi penduduk kampung-kampung tersebut juga berbeza. Pembolehubah yang digunakan untuk mengukur status sosio-ekonomi wanita dalam kajian ini termasuklah pekerjaan, pendapatan, pendidikan, peranan mereka dalam masyarakat dan pendedahan mereka kepada media massa. Pembolehubah seperti perlakuan fertiliti, umur perkahwinan dan bilangan anak yang dilahirkan pula adalah pembolehubah yang digunakan untuk mengukur fertiliti. Soal selidik berstruktur digunakan untuk mengumpul maklumat. Data dari borang soal selidik tersebut dianalisis menggunakan pakej statistik SPSS. Hasil analisis yang dijalankan ke atas maklumat yang dikumpul, umumnya menunjukkan wujud hubungan yang langsung antara perlakuan fertiliti dengan status sosio-ekonomi wanita tanpa mengira perbezaan latar belakang kegiatan ekonomi yang diceburi, budaya dan lokaliti.
Pages: 112
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781172
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.