Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781121
Title: Pembangunan dan keberkesanan aplikasi Augmented Reality (AR) {ALIAR} terhadap kefahaman dan minat pelajar dalam pembelajaran topik elektrik
Authors: Doni Ropawandi (P96161)
Supervisor: Lilia Halim, Prof.
Hazrati Husnin, Dr.
Keywords: Augmented reality
Educational technology
Electricity -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2024
Abstract: Masalah pembelajaran fizik topik elektrik yang dihadapi dalam pembelajaran dan pengajaran ialah penguasaan konsep Fizik. Antara faktor menyumbang kepada masalah tersebut ialah pelajar mengalami kesukaran dalam memvisualisasikan konsep yang bersifat abstrak. Kesan sampingan hasil daripada kesukaran memahami konsep abstrak adalah penurunan minat dalam mempelajari fizik. Selain itu, pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek fizik masih perlu ditangani agar ketidakseimbangan kefahaman dan minat dalam perspektif jantina dapat diatasi. Maka, kajian ini bertujuan untuk membina serta menilai keberkesanan Aplikasi Augmented Reality (ALIAR) terhadap kefahaman dan minat dalam pembelajaran Fizik topik elektrik pelajar sekolah menengah tingkatan empat. Reka bentuk kuasi-eksperimen (pra ujian – pasca ujian) digunakan untuk menguji keberkesanan Aplikasi ALIAR. Seramai 128 pelajar menjadi sampel kajian yang diambil dari empat buah sekolah menengah tingkatan empat di suatu daerah di negeri Jambi. Dua buah sekolah (n=64) sebagai kumpulan kawalan (kaedah pengajaran konvensional) dan dua buah sekolah lainnya (n=64) menjadi kumpulan rawatan (menggunakan Aplikasi ALIAR) dalam proses pembelajaran dan pengajaran di kelas. Instrumen yang digunakan adalah ujian kefahaman dan soal selidik minat pelajar terhadap pembelajaran topik elektrik. Kaedah menganalisis data adalah deskriptif dan inferensi yang menggunakan analisis ANCOVA Dua Hala dan MANOVA Pengukuran Berulang. Hasil ANCOVA Dua Hala mendapati bahawa kelas rawatan menunjukkan kefahaman lebih tinggi secara signifikan dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Pada perspektif jantina, tidak ada perbezaan kefahaman secara signfikan antara perempuan dan lelaki. Sementara hasil MANOVA Pengukuran Berulang menunjukkan minat pelajar terhadap pembelajaran topik elektrik bagi kumpulan rawatan berbeza secara signfikan berbanding dengan minat pelajar kumpulan kawalan. Dari aspek jantina pula, wujud perbezaan yang signifikan minat pelajar berasaskan kumpulan, iaitu pelajar perempuan lebih berminat dalam kumpulan rawatan berbanding dengan pelajar perempuan dalam kumpulan kawalan. Namun begitu terdapat kesan interaksi dalam bagi setiap sub konstruk minat walaupun nilainya kesan interaksi adalah kecil. Kajian ini membuktikani bahwa Aplikasi ALIAR dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar bila digunakan sebagai bahan bantu mengajar di kelas. Dengan demikian, terdapat sumbangan yang signifikan terhadap penggunaan AR dalam konsep elektrik terutama dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam menyelesaikan konsep yang bersifat abstrak.
Pages: 452
Call Number: QA76.9.A94R673 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781121
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.