Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781121
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLilia Halim, Prof.en_US
dc.contributor.advisorHazrati Husnin, Dr.en_US
dc.contributor.authorDoni Ropawandi (P96161)en_US
dc.date.accessioned2025-10-30T01:23:54Z-
dc.date.available2025-10-30T01:23:54Z-
dc.date.issued2024-08-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781121-
dc.description.abstractMasalah pembelajaran fizik topik elektrik yang dihadapi dalam pembelajaran dan pengajaran ialah penguasaan konsep Fizik. Antara faktor menyumbang kepada masalah tersebut ialah pelajar mengalami kesukaran dalam memvisualisasikan konsep yang bersifat abstrak. Kesan sampingan hasil daripada kesukaran memahami konsep abstrak adalah penurunan minat dalam mempelajari fizik. Selain itu, pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek fizik masih perlu ditangani agar ketidakseimbangan kefahaman dan minat dalam perspektif jantina dapat diatasi. Maka, kajian ini bertujuan untuk membina serta menilai keberkesanan Aplikasi Augmented Reality (ALIAR) terhadap kefahaman dan minat dalam pembelajaran Fizik topik elektrik pelajar sekolah menengah tingkatan empat. Reka bentuk kuasi-eksperimen (pra ujian – pasca ujian) digunakan untuk menguji keberkesanan Aplikasi ALIAR. Seramai 128 pelajar menjadi sampel kajian yang diambil dari empat buah sekolah menengah tingkatan empat di suatu daerah di negeri Jambi. Dua buah sekolah (n=64) sebagai kumpulan kawalan (kaedah pengajaran konvensional) dan dua buah sekolah lainnya (n=64) menjadi kumpulan rawatan (menggunakan Aplikasi ALIAR) dalam proses pembelajaran dan pengajaran di kelas. Instrumen yang digunakan adalah ujian kefahaman dan soal selidik minat pelajar terhadap pembelajaran topik elektrik. Kaedah menganalisis data adalah deskriptif dan inferensi yang menggunakan analisis ANCOVA Dua Hala dan MANOVA Pengukuran Berulang. Hasil ANCOVA Dua Hala mendapati bahawa kelas rawatan menunjukkan kefahaman lebih tinggi secara signifikan dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Pada perspektif jantina, tidak ada perbezaan kefahaman secara signfikan antara perempuan dan lelaki. Sementara hasil MANOVA Pengukuran Berulang menunjukkan minat pelajar terhadap pembelajaran topik elektrik bagi kumpulan rawatan berbeza secara signfikan berbanding dengan minat pelajar kumpulan kawalan. Dari aspek jantina pula, wujud perbezaan yang signifikan minat pelajar berasaskan kumpulan, iaitu pelajar perempuan lebih berminat dalam kumpulan rawatan berbanding dengan pelajar perempuan dalam kumpulan kawalan. Namun begitu terdapat kesan interaksi dalam bagi setiap sub konstruk minat walaupun nilainya kesan interaksi adalah kecil. Kajian ini membuktikani bahwa Aplikasi ALIAR dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar bila digunakan sebagai bahan bantu mengajar di kelas. Dengan demikian, terdapat sumbangan yang signifikan terhadap penggunaan AR dalam konsep elektrik terutama dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam menyelesaikan konsep yang bersifat abstrak.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAugmented realityen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectElectricity -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan aplikasi Augmented Reality (AR) {ALIAR} terhadap kefahaman dan minat pelajar dalam pembelajaran topik elektriken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages452en_US
dc.identifier.callnoQA76.9.A94R673 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007574en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.