Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780952| Title: | Prinsip-prinsip kenegaraan dan perlembagaan Islam |
| Authors: | Mohamad Sabri Haron |
| Editors: | Baharuddin Yatim Sulaiman Noordin |
| Conference Name: | Konsep Pembangunan dan Kenegaraan Malaysia |
| Keywords: | Wahyu dan syariat Islam Undang-undang Allah dan manusia Nabi dan kerasulan |
| Conference Date: | 1992 |
| Conference Location: | Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Abstract: | Pendahuluan Umumnya mengetahui bahawa setiap bangsa atau negara di dunia ini mempunyai peraturan atau undang-undang yang tersendiri. Undang-undang tersebut dibahagikan kepada dua bahagian: i ii - Undang-undang ciptaan manusia (mankind's law) - Undang-undang Allah (God's law) Undang-undang Allah adalah merupakan wahyu (revealation) yang dibawa oleh Rasul- rasul yang dinamakan sebagai Islam. Islam bukan hanya dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. sahaja bahkan kesemua Rasul-rasul sepertimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah ayat 131 - 133: Ketika Tuhannya befirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula kepada Ya'kub (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam. Adakah kamu hadir ketika Ya'kub telah tiba tanda-tanda kematian, ketika berkata kepada anak-anaknya: apa yang kamu sembah sepeninggalanku? "mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadanya" Persoalannya mengapakah timbulnya ajaran-ajaran yang dikatakan berasal dari wahyu tetapi tidak dinamakan Islam seperti agama Yahudi dan Kristian?. Ini disebabkan kerana ada dikalangan penganutnya yang telah merubah isi kandungan kitab-kitab wahyu mengikut citarasa mereka lalu dinisbahkan kepada manusia. Islam adalah ajaran yang tidak boleh dinisbahkan kepada mana-mana manusia kerana ianya bukannya ajaran manusia tetapi adalah ajaran Allah s.w.t. sebagai pencipta segala-galanya termasuklah mencipta undang- undang. Al-Quran sebagai wahyu yang terakhir yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah tidak berubah dan tidak dapat dirubah sampai kehari qiamat sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah al-Hijr ayat 9: Sesungguhnya Kami (Allah)lah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar memeliharanya. |
| ISBN: | 983996612x |
| Pages: | 122-128 |
| Call Number: | HC445.5.K6 1992 n.2 kat |
| Publisher: | Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780952 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.