Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780466
Title: | Motivasi murid tahfiz Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan terhadap pencapaian hafazan al-Quran |
Authors: | Muhammad Mustaqim Razalli (P115005) |
Supervisor: | Hafizhah Zulkifli, Dr. |
Keywords: | Motivation in education -- Malaysia Islamic religious education -- Malaysia Qurʼan -- Study and teaching -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Mar-2025 |
Abstract: | Motivasi merupakan aspek penting bagi murid-murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), khususnya di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, yang bertujuan melahirkan generasi cemerlang akademik dan mahir dalam hafazan Al-Quran. Namun, murid tahfiz sering menghadapi cabaran seperti bebanan sukatan pelajaran yang perlu dihafal dalam tempoh tertentu, serta tekanan psikologi dan sosial, yang memerlukan motivasi tinggi untuk mencapai sasaran hafazan tahunan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara motivasi murid tahfiz dengan pencapaian hafazan Al-Quran melalui pendekatan deskriptif korelasi dan analisis kuantitatif. Soal selidik diedarkan kepada 182 murid tahfiz Al-Quran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi untuk memahami tahap motivasi dan pencapaian hafazan. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi murid tahfiz (min=3.81) dengan intepretasi tinggi dan tahap pencapaian hafazan Al-Quran (min=3.85) dengan intepretasi tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara motivasi dan pencapaian hafazan, dengan nilai korelasi 0.473 (p < 0.01), mengesahkan bahawa semakin tinggi motivasi, semakin tinggi pencapaian hafazan. Kajian ini menegaskan pentingnya motivasi sebagai faktor penentu pencapaian hafazan, dan mencadangkan strategi holistik untuk meningkatkan motivasi, termasuk sokongan emosi, bimbingan berterusan, dan pengiktirafan pencapaian murid. Kesimpulannya, motivasi memainkan peranan penting dalam memastikan murid tahfiz mencapai sasaran hafazan Al-Quran dengan cemerlang.Kata kunci: Motivasi Murid, Tahfiz, Pencapaian Hafazan Al-Quran. |
Pages: | 122 |
Call Number: | LB1065.M8348 2025 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780466 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Motivasi murid tahfiz sekolah menengah agama bantuan kerajaan di Negeri Sembilan terhadap pencapaian hafazan Al-Quran.pdf Restricted Access | Full-text | 2.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.