Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780466
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHafizhah Zulkifli, Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Mustaqim Razalli (P115005)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:25:56Z-
dc.date.available2025-09-11T07:25:56Z-
dc.date.issued2025-03-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780466-
dc.description.abstractMotivasi merupakan aspek penting bagi murid-murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), khususnya di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, yang bertujuan melahirkan generasi cemerlang akademik dan mahir dalam hafazan Al-Quran. Namun, murid tahfiz sering menghadapi cabaran seperti bebanan sukatan pelajaran yang perlu dihafal dalam tempoh tertentu, serta tekanan psikologi dan sosial, yang memerlukan motivasi tinggi untuk mencapai sasaran hafazan tahunan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara motivasi murid tahfiz dengan pencapaian hafazan Al-Quran melalui pendekatan deskriptif korelasi dan analisis kuantitatif. Soal selidik diedarkan kepada 182 murid tahfiz Al-Quran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi untuk memahami tahap motivasi dan pencapaian hafazan. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi murid tahfiz (min=3.81) dengan intepretasi tinggi dan tahap pencapaian hafazan Al-Quran (min=3.85) dengan intepretasi tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara motivasi dan pencapaian hafazan, dengan nilai korelasi 0.473 (p < 0.01), mengesahkan bahawa semakin tinggi motivasi, semakin tinggi pencapaian hafazan. Kajian ini menegaskan pentingnya motivasi sebagai faktor penentu pencapaian hafazan, dan mencadangkan strategi holistik untuk meningkatkan motivasi, termasuk sokongan emosi, bimbingan berterusan, dan pengiktirafan pencapaian murid. Kesimpulannya, motivasi memainkan peranan penting dalam memastikan murid tahfiz mencapai sasaran hafazan Al-Quran dengan cemerlang.Kata kunci: Motivasi Murid, Tahfiz, Pencapaian Hafazan Al-Quran.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMotivation in education -- Malaysiaen_US
dc.subjectIslamic religious education -- Malaysiaen_US
dc.subjectQurʼan -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMotivasi murid tahfiz Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan terhadap pencapaian hafazan al-Quranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages122en_US
dc.identifier.callnoLB1065.M8348 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007677en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Motivasi murid tahfiz sekolah menengah agama bantuan kerajaan di Negeri Sembilan terhadap pencapaian hafazan Al-Quran.pdf
  Restricted Access
Full-text2.11 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.