Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780406
Title: Tema budaya Melayu dalam 12 karya seni catan moden tempatan
Authors: Din Omar (P103477)
Supervisor: Hamdzun Haron, Prof. Madya Dr.
Nazri Muslim, Prof. Dr.
Keywords: kebudayaan Melayu
seni lukis
Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations
Dissertations Academic-- Malaysia
Teori Ikonografi
karya seni catan
Issue Date: 14-Aug-2025
Abstract: Selepas Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1970, timbul kesedaran kepada pelukis tentang kepentingan kebudayaan Melayu melalui tema catan mereka. Justeru ramai pelukis Melayu dan juga bukan Melayu mula menghasilkan seni catan dengan menggunakan tema tersebut. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk memahami makna simbolik di sebalik tema budaya Melayu dalam karya seni catan tempatan. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif melalui pemerhatian, wawancara, analisis dokumen dan kajian perpustakaan. Teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky digunakan dalam memahami makna di sebalik 12 karya seni catan. Hasil dapatan kajian terdapat 12 tema kebudayaan Melayu iaitu kemasyarakatan, alam benda, benda hidup, politik, alam semula jadi, politik, figuratif, seni bina dan hiasan dalaman, mitos, adat, legenda dan permainan tradisional. Di sebalik tema ini membawa makna berkaitan 8 nilai iaitu nilai hidup berlandaskan Agama Islam, nilai hidup berasaskan akal dan budi, nilai hidup berasaskan kesenian dan kebudayaan, nilai kemanusiaan dan alam semula jadi, nilai kerajinan dan berekonomi, nilai kekeluargaan dan persahabatan, nilai keterbukaan dan saling menghormati dan nilai keindahan seni bina dan hiasan dalam. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kecenderungan pelukis serta dan masyarakat menerima tema kesenian Melayu diharap menjadi identiti catan kesenian Melayu.
Description: Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu
Pages: 274
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780406
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P103477 Full Thesis Din Omar [TESISPTSL].pdf
  Restricted Access
Full text151.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.